Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, March 26, 2010

Schmeichel hairan status negara dlm bola sepak

Malaysia ada bakat muda yang baik tapi gagal beraksi baik di pentas dunia



Beliau kini berada di Malaysia selaku Duta bagi biskut Tiger.

Esok, beliau akan berada di Carrefour, Mid Valley jam 2-3 petang dan kepada orang-orang Shah Alam, beliau berada di Giant Shah Alam pada jam 4-5 petang.

Penjaga-penjaga gol Liga Super patut datang jumpa beliau untuk bertanyakan tips macam mana menjadi penjaga gol yang hebat.

BEKAS penjaga gol Manchester United, Peter Schmeichel menyuarakan rasa hairan melihat status Malaysia dalam dunia bola sepak jika dibandingkan dengan bakat muda negara yang diperhatikannya sepanjang berada di negara ini.

Schmeichel yang mengikuti sebuah program mengasah bakat pemain muda tahun lalu berkata, pemain Malaysia memiliki tahap permainan sama dengan pemain negara lain dan mempunyai potensi besar melangkah ke peringkat lebih tinggi.

“Anda tahu sejak saya meninggalkan Malaysia sebelum ini, saya hairan mengapa Malaysia tidak beraksi dengan baik di peringkat dunia. “Bukan hendak memperkecilkan Malaysia, tetapi pasukan anda gagal melepasi peringkat kelayakan dunia. Saya tidak faham kerana Malaysia mempunyai bakat yang menakjubkan. Pemain ini adalah masa depan bola sepak Malaysia tetapi ia memerlukan masa,” kata legenda kelahiran Denmark yang tiba di tanah air kelmarin, sebahagian daripada kempen rancangan Tiger Futbol Starz anjuran biskut Tiger.

Sebelum ini penjaga gawang yang dinamakan salah seorang daripada 125 pemain bola sepak terhebat dunia oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) berada di Malaysia pada Oktober tahun lalu dan menjadi duta program realiti pencarian bakat baru di peringkat kanak-kanak.

Schmeichel yang kini berusia 46 tahun juga memiliki seorang anak, Kasper, 23 yang turut mengikut jejak langkahnya sebagai penjaga gol, namun tidak pasti sama ada mengikutinya ke United.

“Saya tidak tahu sama ada dia akan bermain buat Manchester (United). Untuk bermain di sana, anda perlu mencapai tahap tertentu.
“Saya menyertai MU ketika berusia 27 tahun tetapi Kasper sudah membuat penampilan pertama pada usia 17 tahun, keadaan jelas berbeza,” katanya mengenai anaknya yang menyertai jiran setempat United, Manchester City ketika baru berusia 17 tahun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails