Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, March 26, 2010

Aksi di Bangkok dibatalkan

Aksi persahabatan skuad bola sepak bawah 23 negara menentang kelab Thailand, BFC Tero Sasana, esok dibatalkan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata, perlawanan persahabatan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok itu ditunda pada tarikh lain yang akan diberitahu nanti.

Pembatalan tersebut atas nasihat pihak berkuasa Thailand, berikutan situasi politik negara itu.

''Perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan walaupun kita telah membuat persediaan rapi. FAM berasa kecewa dengan pembatalan itu namun terpaksa akur, kerana ia atas arahan pihak berkuasa kerajaan Thailand.

"Perkara utama adalah aspek keselamatan pemain dan FAM memandang serius perkara ini," katanya.

Difahamkan, esok, penyokong bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, akan mengadakan perarakan besar-besaran di Bangkok.

Berikutan pembatalan tersebut, kata Azzuddin, FAM sedang berusaha untuk mengatur perlawanan lain.

Kelmarin, jurulatih negara, K. Rajagobal memanggil beberapa muka baru untuk menghadapi perlawanan persahabatan dengan BEC Tero Sasana.

Pembatalan perlawanan tersebut pastinya mengecewakan Rajagobal yang sepatutnya berlepas ke Bangkok, semalam.

Perlawanan tersebut penting bagi Rajagobal dalam memberi pendedahan kepada muka baru yang dipanggil antaranya Saufi Sa'aidi, Muhaimin Omar, Hafiszuan Salehuddin, Amir Omar Khata, S Harivarman, Abdul Halim Zainal, Che Ku Ahmad Rusydi Amir Ku Azam, Yong Kuong Yung dan Faizal Abu Bakar.


sumber :utusan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails