Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Wednesday, March 24, 2010

Khyrill berterima kasih kepada Rajagopal

Beri peluang bina kerjayanya semula dengan pasukan kebangsaan



KECEDERAAN lutut teruk yang mengakibatkan Khyrill Muhymeen Zambri tidak dapat beraksi selama tujuh bulan bukan bermakna kariernya bersama skuad kebangsaan sudah berakhir.

Nama pemain sayap Kedah itu masih tetap melekat di hati pengendali skuad kebangsaan K Rajagobal apabila dia dipanggil bersama 26 pemain lain menyertai latihan pusat bermula kelmarin bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang kelab Thailand, BEC Tero Sasana di Bangkok, Sabtu ini.

Ketika rakan sepasukan meraikan kejayaan menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas Sukan Sea di Laos, Disember lalu, pemain sayap Kedah itu sekadar melihat dari jauh di tanah air selepas dilanda kecederaan lutut kanan yang memaksanya diketepikan daripada skuad K Rajagobal. Tiga tahun lalu, tuah juga tidak menyebelahinya apabila sepakan penaltinya pada penentuan separuh akhir menentang Singapura pada Piala AFF diselamatkan penjaga gol, Lionel Lewis, menafikan kemaraan Malaysia ke final.

Kini, hampir tujuh bulan selepas diusung keluar akibat kecederaan lutut dirempuh pemain Kenya pada perlawanan persahabatan Ogos tahun lalu, Khyrill berterima kasih kepada Rajagobal kerana memberi peluang untuk membina kerjayanya semula dengan pasukan kebangsaan.

“Saya terkejut apabila mendapat panggilan daripada Rajagobal untuk kembali bersama pasukan kebangsaan memandangkan saya sudah tujuh bulan tidak beraksi.

“Jurulatih memberitahu tujuan dia memanggil saya untuk membolehkan saya mendapatkan keyakinan semula,” katanya.

“Pada Sukan Asia nanti saya hanya boleh menggunakan tiga pemain senior manakala pemain lain kena berusia bawah 23 tahun. Khyrill sudah lama dengan pasukan negara, dia pemain muda berpengalaman, saya tahu kelebihannya, namun itu tidak bermakna tempat dalam skuad sudah terjamin,” katanya yang kini sibuk merangka persiapan skuad kebangsaan bagi menggalas cabaran di Sukan Asia Guangzhou pada 12-27 November depan serta kejohanan Piala AFF hujung tahun ini.


Khyrill yang akan menyambut ulang tahun ke-23 Mei depan menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan lutut dalam perlawanan persahabatan menentang Kenya pada 12 Ogos tahun lalu.


“Saya kini hanya memfokuskan terhadap usaha mengembalikan keserasian dengan pemain lain. Selepas pembedahan, saya tidak fikir dapat beraksi semula dalam kesebelasan utama,” katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails