Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Wednesday, March 17, 2010

Sriwijaya FC 6 Selangor 1

Beraksi dengan 10 pemain pada hampir keseluruhan babak kedua, Selangor menerima pengajaran berguna dalam perlawanan Piala AFC Kumpulan F yang berlangsung di Stadium Jaka Baring, Palembang setelah ditundukkan dengan jaringan besar 6-1 oleh wakil Indonesia Sriwijaya FC.

Disaksikan kira-kira 14,000 penyokong tuan rumah, Selangor bagaimanapun bermula cemerlang apabila mendahului seawal minit ke-16 menerusi pemain penyerang Mohd Safee Sali.

Turun tanpa perencana utama Ponaryo Astaman, Sriwijaya kelihatan sedikit sukar merancang gerakan menarik untuk menembusi barisan pertahanan pelawat di awal permainan.

Bagaimanapun dua gol secara berturut selang seminit masing-masing menerusi Arif dan Zah Krangar pada minit ke-38 dan 39 jelas menyentap semangat Selangor di samping membolehkan Sriwijaya mendahului 2-1 ketika aksi babak pertama melabuhkan tirai.

Tugas Selangor untuk mencari gol penyamaan disukarkan lagi hanya dua minit selepas separuh masa kedua dimulakan apabila ketua pasukan Amri Yahyah dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan Ng Chiu Kok dari Hong Kong.

Sepuluh minit kemudian, penyerang tuan rumah Rachmat Maruf Rivai menjadikan kedudukan 3-1 sebelum Arif menjaringkan gol kedua peribadi dan gol keempat pasukannya pada minit ke-69.

Pemain import Sriwijaya yang pernah beraksi untuk Sabah, Keith Gumbs menambah derita Selangor menerusi dua lagi jaringan pada minit ke-86 dan 89 untuk melengkapkan kemenangan 6-1.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan F, wakil Vietnam Binh Duong mudah menewaskan kelab Maldives, Victory SC 3-0.

Selangor akan bertandang ke Male, Maldives Selasa depan untuk menentang Victory dalam aksi Piala AFC seterusnya.

SRIWIJAYA FC: 12-Feri Rotin Sulu, 4-Charis Yulianto, 5-Bobby Satria, 19-Ambrizal (24-Marthen Christian Worabai), 25-Isnan Ali, 6-Tony Sucipto, 10-Zah Krangar, 14-Arif Suyono (3-Anak Agung Ngurah Wahyu), 8-Rachmat Maruf Rivai, 9-Anorie Obiora Richard (7-Mohammad Nasuha), 17-Keith Gumbs

SELANGOR: 21-Mohd Hamsani Ahmad (1-Mohd Fairul Azwan Shahrullai), 3-Mohd Razman Roslan, 5-Khairul Anuar Baharom, 6-Mohd Nasriq Baharom, 15-P Gunalan, 8-Safiq Rahim, 12-Mohd Bunyamin Umar (25-Mohd Fazilidin Khalid), 14-Mohamad Hardi Jaafar, 17-Mohd Amri Yahyah, 20-Mohd Amirulhadi Zainal (9-Rudie Ramli), 10-Mohd Safee Sali

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails