Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Monday, March 29, 2010

SEMANGAT MEMBARA

TM Piala FA 2010 bakal menyingkapkan tirainya Selasa ini.4 pasukan terbaik bakal berentap bagi memburu tempat ke perlawanan akhir.Terengganu, pasukan yang tidak diberikan harapan untuk ke separuh akhir selepas tunduk kepada pasukan setempat TTeam dalam suku akhir pertama, akhirnya membuktikan Sang Penyu bukan calang-calang pasukan yang mara ke separuh akhir selepas menempuh aksi dramatik dalam suku akhir kedua minggu lepas.

Semangat dan komitmen pemain ketika ini cukup tinggi.Berdepan dengan pasukan Kenari yang pernah membuat penyu menangis 2 tahun lalu, menjadikan pemain-pemain Terengganu begitu bersemangat untuk mematahkan sayap Kenari.Tidak ada lagi rasa resah dan gelisah diraut wajah Tn Hj Irfan Bakti kerana kesemua pemain-pemainnya mampu menghadirkan ancaman untuk Kedah yang dikatakan sedikit merosot prestasinya.Namun andaian penyokong bukan boleh dijadikan ukuran oleh pengendali Terengganu itu, sebaliknya beliau akan menyusun strategi yang mampu memberikan keceriaan kepada pasukan bimbingannya.

Ashaari Shamsuddin, pemain yang dikatakan pemalu dikalangan rakan-rakannya, kini semakin berbisa.Sentuhannya mampu menghadirkan gerun kepada barisan benteng lawan.Tidak cukup dengan ancaman yang hadir daripada Ashaari, Terengganu juga mampu menconggak gol menerusi Abdul Manaf Mamat yang juga semakin meningkat aksinya.Abdul Manaf yang kini telah pun menjaringkan 8 gol dalam Piala FA sekali lagi akan disandarkan harapan untuk terus memburu gol.Wira Sang Penyu ketika memusnahkan impian TTeam dalam suku akhir, Firdaus Faudzi atau kini terkenal dengan nama Spiderman/Spidotman juga mampu memberikan kelebihan buat sang penyu.

Terengganu mempunyai barisan tengah yang boleh dikatakan cemerlang ketika ini.Semangat yang ditunjukkan oleh barisan tengah setiap kali turun beraksi memberikan Terengganu kelebihan yang amat bermakna.Penjana tengah yang kembali memikat aksinya, Zairo Anuar sekali lagi berdepan tugas berat untuk umpanan cantik buat disudahkan oleh Ashaari,Manaf mahupun Firdaus.Tugas berat juga menanti Tengku Hasbullah untuk merantai pergerakan Fauzi Shaari dipihak Kedah.Namun semangat kemenangan di suku akhir dibawa bersama untuk menundukkan Kedah di Darul Iman dengan membawa bekalan selesa ke Darul Aman.

Komitmen yang jitu serta utuh seharusnya menjadi milik benteng Terengganu.Kekebalan menahan asakan menjadi aset penting rangkaian benteng Hj Irfan Bakti.Ditambah dengan semangat membara milik Muhaimin dan Cheku Rusydi setelah dipanggil buat pertama kali ke kem Malaysia, sudah pasti akan memberikan aksi yang terbaik.Kapten pasukan juga mampu menghadirkan impak yang terbaik untuk pasukan.Ketinggian beliau mampu menghalang hantaran-hantaran tinggi pemain-pemain Kedah.Kelebihan itu juga berguna untuk menjaringkan gol.

Kesungguhan dan semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh pemain ketika sessi latihan sudah cukup menggambarkan bahawa, pemain-pemain Terengganu bukan sekadar menanam impian kosong, malah kesungguhan itu mencerminkan impian kosong itu bakal terisi nanti.Untuk perjalanan yang agk jauh, mengambil masa lebih 5 jam menerusi jalan darat, pemain-pemain Terengganu perlu mencari bekalan yang banyak, bekalan yang selesa untuk perjalanan jauh ke Darul Aman itu.Bawalah seberapa banyak bekalan agar tidak kebuluran ketika berada di negeri orang, Kedah Darul Aman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails