Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Sunday, November 15, 2009

Uzbek tundukkan Malaysia

VS

Malaysia tewas

Peluang Malaysia ke Piala Asia 2011 hampir tertutup apabila kecundang 1-3 kepada Uzbekistan di Tashkent. Pada separuh masa pertama Malaysia berjaya mengikat Uzbekistan 0-0.

Perubahan berlaku pada babak kedua dengan jaringan gol. Geynrikh Alexander yang dibawa masuk di babak kedua mengubah rentak perlawanan, Geynrikh menguasai setiap posisi serangan. Geynrikh melorongkan bola kepada Soliev Anvarjon yang mana dia menolak kepada Ahmedov Odil. Pemain midfield itu melepaskan peluang tetapi bola jatuh ke Djeparov Server yang berjaya memasukkan bola ke gawang

Pada minit ke-57 Geynrikh berjaya melepaskan diri dari daripada kawalan dikotak penalti untuk meledakkan sepakan menewaskan Farizal Marlias.

Geynrikh sekali lagi menambah gol peribadinya pada jarak yang sama dan pada sudut yang sama hanya selepas 9 minit selepas gol pertamanya.

Malaysia merapatkan jurang pada minit 68 selepas Zakuan menanduk bola hasil sepakan percuma. Namun Zakuan mensia-siakan peluang keemasan menjaringkan gol kedua selepas dia menewaskan Gafurov Anvar tetapi sepakannya terkena palang gol.

Uzbekistan berpeluang menambah jaringan apabila Geynrikh berjaya melorongkan bola kepada Soliev dan pemain gantian Kapadze Timur tetepi kedua-duanya gagal memasukan bola dengan hanya penjaga gol yang perlu ditewaskan. Mohd Nasriq Baharom dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua (m-85').


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails