Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Wednesday, November 18, 2009

Skuad bola sepak negara punyai tempoh rehat mencukupi di Laos

http://i88.servimg.com/u/f88/13/58/34/68/normal13.jpg

ATURAN langkah skuad bola sepak negara untuk ke separuh akhir Sukan Sea di Laos, bulan depan, dibantu perkhabaran menggembirakan selepas jadual acara berkenaan tampak 'menyebelahi' Malaysia, semalam.

Ianya tertera selepas skuad bimbingan K Rajagobal mempunyai tempoh rehat selesa sebelum perlawanan penting menentang dua pencabar utama peringkat Kumpulan A, Vietnam dan Thailand di Vientiane nanti.

Skuad negara akan membuka kempen menentang Timor Leste pada 2 Disember dan diberikan rehat tiga hari sebelum turun dalam perlawanan penting melawan Vietnam pada 6 Disember.
Dua hari berikutnya, Kemboja akan jadi lawan sebelum skuad negara akan punya tiga hari untuk mempersiapkan diri dalam apa mampu diiktiraf selaku pertembungan 'hidup mati' dengan pemenang pingat emas temasya lalu, Thailand.

Dua pasukan teratas kumpulan akan layak ke separuh akhir. Kumpulan B pula menyaksikan saingan Myanmar, Indonesia, Singapura dan tuan rumah, Laos.

Sementara itu, Rajagobal mengakui betapa dia kini dibelenggu dilema - ketika Sukan Sea jadi keutamaan utama, dia tetap dibebani tanggungjawab memastikan skuad negara mampu menjelmakan aksi terpuji pada saingan kelayakan Piala Asia menentang Uzbekistan, petang nanti.

"Saya mahu mereka memberikan persembahan terbaik dan jika itu mampu dilakukan, keputusan positif boleh diperolehi. Ianya kerana petanda itu sudah kelihatan biarpun kita kecundang 1-3 di Uzbekistan, Sabtu lalu.

"Cuma perlawanan sebegini turut mendedahkan pemain kepada risiko kecederaan ketika Sukan Sea sudah amat hampir seperti Aidil (Zafuan Abdul Radzak) yang mengalami kecederaan kecil.

"Semua itu perlu saya pertimbangkan sebaik mungkin. Saya juga perlu mencuba beberapa pemain yang baru pulih daripada kecederaan seperti Asraruddin Putra dan Azmi Muslim selepas Zaquan (Adha) dan Nasriq (Baharom) digantung," katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails