Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Monday, November 9, 2009

Kelayakan Piala Asia

Kelayakan Piala Asia 2011

Rekod Malaysia dalam Piala Asia

Malaysia layak ke kejohanan sebenar Piala Asia sebanyak 3 kali
-2007 (layak sebagai tuanrumah bersama: Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam)
-1980 (Tuanrumah: Kuwait)
-1976 (Tuanrumah: Iran)

Undian kelayakan akhir Piala Asia 2011 Doha telah diadakan pada Julai 3 2008 (Khamis) di Aspire Dome, Doha. Malaysia di undi di Kumpulan C bersama-sama Uzbekistan dan UAE.

Kedudukan Kumpulan C
TeamPMSKJBPGMata
UAE21015143
Uzbekistan11001013
Malaysia100105-50

Jadual perlawanan Kumpulan C
DateVenueTeamResultsTeam
21 Jan 2009Std MBPJMalaysia0-5UAE
28 Jan 2010Al Sharjah ClubUAE0-1Uzbekistan
14 Nov 2009Pakhtakor StdUzbekistan-Malaysia
18 Nov 2009Std MBPJMalaysia-Uzbekistan
06 Jan 2010Al Sharjah ClubUAE-Malaysia
03 Mar 2010Pakhtakor StdUzbekistan-UAE

Jadual perlawanan Malaysia:
DateHomevsAwayVenue
Jan 21 2009Malaysia0-5
UAE
Stadium Bolasepak KL, Cheras
Nov 14 2009Uzbekistan
vs
Malaysia
JAR Stadium, Tashkent (16:00)
Nov 18 2009Malaysiavs
Uzbekistan
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Jan 06 2010UAEvs
Malaysia
Al Sharjah Club

Dua puluh lima pasukan dibahagikan kepada lima kumpulan bersama empat pasukan dengan dua pasukan teratas dari setiap kumpulan layak ke kejohanan sebenar bersama-sama juara Piala Asia (AFC Asian Cup) 2007 Iraq, Naib-juara Saudi Arabia, tempat ketiga Republik Korea, tuanrumah Qatar dan juara Piala Cabaran (AFC Challenge Cup) 2008 -India dan 2010

Kumpulan sepenuhnya:
Kumpulan A - Japan, Bahrain, Hong Kong,Yemen
Kumpulan B -Australia, Indonesia, Oman, Kuwait
Kumpulan C - Uzbekistan, UAE, Malaysia
Kumpulan D - Vietnam, China, Syria, Lebanon
Kumpulan E - Iran, Thailand, Jordan, Singapore

Pasukan Pilihan:
1. Iraq 2. Saudi Arabia 3. Korea Rep 4. Japan 5. Australia 6. IR Iran 7. Uzbekistan 8. Vietnam 9. China PR 10. Thailand 11. Indonesia 12. UAE 13. Bahrain 14. Oman 15. Malaysia 16. Jordan 17. Syria 18. Hong Kong 19. Yemen 20. Kuwait 21. Singapore 22. India 23. Lebanon 24. Maldives

Pusingan kelayakan akan diadakan secara dua pusingan.

Di pusingan pertama dua pasukan tangga 23 -24 (Lebanon & Maldives) akan bermain secara timbal balik untuk menentukan siapa yang layak untuk menyertai 19 pasukan (tangga 4-22) di pusingan 2.

Pusingan 2 akan diadakan dari Januari 2009 ke Mac 2010.
Undian Lebanon atau Maldives akan diadakan di AFC House pada Jan 7,2008.
*(Lebanon 4-0 Maldives - Apr 9 2008, Maldives 1-2 (agg 1-5) Lebanon - Apr 23 2008)

Di pusingan 2, 1 pasukan dari pusingan 1 akan bersama dengan 19 pasukan 4-22.20 pasukan ini akan dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan 4 pasukan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke pertandingan sebenar pada 2011.

Sepuluh (10) pasukan kelayakan ini akan bersama dengan 3 pasukan tangga teratas iaitu Iraq, Saudi Arabia dan Korea Rep yang mendapat bye automatik bersama tuanrumah Qatar serta juara AFC Challenge Cup (Piala Cabaran) 2008 dan 2010 untuk menjadikan sebanyak 16
pasukan kesemuanya.

AFC Challenge Cups 2008 -Pasukan pilihan adalah berdasarkan kepada keputusan AFC Challenge Cup 2006.

1. DPR Korea 2. Turkmenistan 3. India 4. Myamar 5. Tajikistan 6. Sri Lanka 7. Nepal 8. Kyrgyzstan 9. Palestine 10. Chinese Taipei 11. Bangladesh 12. Brunei 13. Pakistan 14. Cambodia 15. Philippines 16. Afghanistan 17. Bhutan 18. Macau 19. Guam 20. Laos

DPR Korea, Turkmenistan, Myanmar serta India (tuanrumah akan ditentukan oleh AFC) layak secara automatik.

PLAYOFF
07/03/2009 - Macau vs Mongolia
14/03/2009 - Mongolia vs Macau

THE GROUPINGS

GROUP A
Myanmar, Cambodia, Bangladesh*, Macau/Mongolia
GROUP B
Turkmenistan, The Philippines, Bhutan, Maldives*
GROUP C
Nepal*, Afghanistan, Kyrgyzstan, Palestine
GROUP D
Sri Lanka*, Pakistan, Chinese Taipei, Brunei Darussalam

*Group hosts

Pasukan selebihnya 16 pasukan (tangga 5-20) akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan 4 pasukan setiap kumpulan.Juara setiap kumpulan akan bersama 4 pasukan automatik untuk pertandingan sebenar.
Juara 2008 dan 2010 akan layak ke AFC Piala Asia 2011.

Kelayakan Piala Asia 2011 - Kumpulan C
Jan 21 2009 (Rabu)
Venue: Std Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, 8.45mlm

MALAYSIA (biru/putih/biru) 0-5 UAE (putih/putih/putih)
Mohammed Omar-29,45(pen), Ismail Matar-62,76 Ahmed Khalil-86

Barisan pemain Malaysia:
22.Mohd Syamsuri Mustaffa (1.Syed Adney Syed Hussein m-68), 3.Mohd Fauzie Nan, 5.Norhafiz Zamani Misbah(K), 6.Thirumurugan Veeran, 7.Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 13-Indra Putra Mahayuddin, 14.Mohd Khyril Muhymeen Zambri, 19.Mohd Hardi Jaafar, 27.Mohd Amirulhadi Zainal (20.Hairuddin Omar m-77), 8.Mohamad Zaquan Adha Abd Razak (30.Mohamad Ashaari Samsudin m-85), 10-Mohd Safee Mohd Sali

Simpanan:
2.Subramaniam Sooryapparad, 15.Mohd Daudsu Jamaludin, 18.Muhamad Kaironnizam Sahabudin Husain, 36.Shafizan Hashim

Jan 21 2009 - Malaysia 0-5 UAE
VIDEO YOUTUBE : Malaysia vs UAE

m 29 - Hasil lorongan bola Abdul Salam Al Junaibi bola bolos di celah-celah kaki benteng negara kepada Mohamed Omar yang berjaya dengan mudah menewaskan Syamsuri Mustafa.

m 45 - Hardi menjatuhkan Ismael Salim dalam kotak penalti dan Omar sekali lagi menjaringkan gol dari sepakan penalti.

m 62 - Abdul Rahim Jumaa diberi ruang melakukan bola lintang dari belah kanan kepada Ismail Matar dan Matar membuat sepakan.

m 75 - Kesilapan kapten, Norhafiz Zamani Misbah cuba menggelecek Ismaeil Matar di depan gawang menyaksikannya hilang bola untuk penggempur berbisa itu mencurinya dan merembat menewaskan penjaga gol gantian, Syed Adney Syed Hussein untuk gol keempat.

m 86 - Ahmad Khalil mengambil kesempatan diatas kesilapan pertahanan untuk gol kelima dari rembatan jarak dekat.
---------------------xxxxxxxxxxxxxxxxxx-----------------------------------------
Jan 20 2009 -Jurulatih Malaysia B. Sathianathan telah menggugurkan sembilan daripada 27 pemain akibat kecederaan.

Antara yang digugurkan adalah Farliza Marlias (penjaga gol), Rosdi Talib (pertahanan), Mohd Marzuki Yusof, Badrul Bakhtiar, Mohd Fadzli Shaari, Muhammad Shukor (midfield) serta Norfarhan Mohamad, Norsharul Idlan Talaha dan Nizaruddin Yusof. Manakala ujian kecergasan pula hanya tiga
dari 18 pemain lulus tahap yang dikehendaki dalam perlawanan antarabangsa.

Skuad Malaysia (18 pemain):

Penjaga gol: Syed Adney Syed Hussein (UPB My Team), Mohd Syamsuri Mustaffa (T-Team Terengganu)

Pertahanan: Mohd Fauzie Bin Nan (Perlis), Thirumurugan Veeran (Kedah), S. Subramaniam (Perak), Norhafiz Zamani Misbah (KL Plus), Kaironnizam Sahabudin Husain (UPB My Team), Mohd Aidil Zafuan Abd Razak (Negeri Sembilan), Mohd Daudsu Jamaludin (Kelantan), Rosdi Talib (T-Team Terengganu), Shafizan Hashim (Kedah)

Midfield: Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah), Mohd Hardi Jaafar (Selangor), Mohd Amirulhadi Zainal (Selangor), Indraputra Mahayuddin (Kelantan), Mohd Ashari Samsuddin (Terengganu), Hairuddin Omar (T-Team Terengganu)

Penyerang: Safee Sali (Selangor), Mohd Zaquan Adha Abdul Razak (Negeri Sembilan), Ashaari Samsudin (Terengganu).

Skuad UAE telah berada di Kuala Lumpur dengan seramai 21 pemain.

G/K : Majid Nasser, Obaid Al Taweela, Ali Khaseef,

D/F : Waleed Abbas, Faris Jumaa, Muhannad Salem Al Enazy, Hayder Allo Ali, Mohammad Faiz , Hamdan Kamali, Khalid Sabeel, Abdullah Mal Allah,

M/F : Abdul Salam Juma'a, Abdul Rahim Juma'a, Ali Al Waheebi, Nawaf Mubarak, Mahmoud Khamis,

F/W : Ismail Al Hammadi, Mohammad Saeid Al Shehhi, Esmail Matar, Ahmed Khalil, Mohammad Omar.

Head coach: Dominique Bathenay(France)

Empat pemain dari Piala Teluk digugurkan Mohammad Ebrahim, Mohammad Qassim, Saleh Obaid dan Ahmad Dada kerana kecederaan..

Rekod UAE Piala Asia (dalam kurungan -Tuanrumah)
Layak - 1980 (Kuwait), 1984 (Singapore), 1988 (Qatar), 1992 (Japan), 1996 (UAE - Tuanrumah, Naib johan), 2004 (China), 2007 (Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia)

Video youtube perlawanan UAE di Piala Negara Teluk (Gulf Cup 19 2009)

Jan 05 2009 - UAE (jersi putih) 3-0 Yemen (jersi merah)
VIDEO YOUTUBE : UAE vs Yemen Gol 1-0 Mohamed Omar 6'
VIDEO YOUTUBE : UAE vs Yemen Gol 2-0 Ismael Hamadi 14'
VIDEO YOUTUBE : UAE vs Yemen Gol 3-0 Mohamed Alshahi 66'
VIDEO YOUTUBE : UAE vs Yemen Gol 3-1 Ali Alnono 90'

Jan 08 2009 - Qatar 0-0 UAE

Jan 11 2009 - UAE (jersi putih) 0-3 Saudi Arabia (jersi hijau)
VIDEO YOUTUBE : UAE vs Saudi Arabia Gol 1-0 Yasser Alghahtani 58'
VIDEO YOUTUBE : UAE vs Saudi Arabia Gol 2-0 Abdullah Alzori 70'
VIDEO YOUTUBE : UAE vs Saudi Arabia Gol 3-0 Ahmed Alfaredi 73'

Mengikut rekod pertemuan Malaysia dengan UAE sejak 1980 adalah sebanyak 4 kali dengan terikat masing-masing menang 2 kali dan kalah 2 kali juga. Begitu juga hasil jaringan dan bolos ke gol terikat dengan 4 gol dan 4 bolos. Dengan pertemuan terakhir pada perlawanan persahabatan di Kelana Jaya pada 2007 dengan Malaysia kalah 1-3.

Ranking FIFA (Januari 2009)
PasukanDunia(FIFA)Asia(AFC)
Malaysia15829
UAE11413

Rekod pertemuan Malaysia lwn UAE
PasukanPMSKJB
Malaysia420244
TarikhVenuePasukanKptsPasukanKejohanan
Sep 09 1980Kuwait City

Malaysia

2-0

UAE

Piala Asia 1980

Sep 12 1981Kuala Lumpur

Malaysia

0-1

UAE

Pestabola Merdeka
Ogs 07 1982Kuala Lumpur

Malaysia

1-0

UAE

Pestabola Merdeka
Jun 21 2007


Std MBPJ, Kelana Jaya


Malaysia
Akhmal Rizal Ahmad Rakhli(m-90)

1-3



UAE



Persahabatan



Jan 21 2009

Std Bolasepak KL, KL

Malaysia


0-5


UAE


Kelayakan Piala Asia 2011



Tiket-tiket untuk menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia 2011 diantara Malaysia menentang UAE pada 21 Januari (Rabu) ini akan mula dijual pada pukul 11.00 pagi - 21 Januari di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Para peminat bolasepak tempatan boleh mendapatkan tiket-tiket tersebut pada harga RM10.00 (semua tempat duduk) & RM5.00 untuk kanak-kanak bermula pada pukul 11.00 pagi.

Norhafiz Zamani Misbah dipilih oleh jurulatih kebangsaan, B.Sathianathan sebagai ketua pasukan kebangsaan menggantikan Mohd Shukor Adan yang mengalami kecederaan disebabkan beliau merupakan seorang pemain pertahanan yang bagus selain memiliki pengalaman yang luas

Selain ketiadaan Shukor yang menjadi ketua pasukan sejak 2007, jurulatih kebangsaan itu memiliki senarai panjang pemain yang mengalami kecederaan, termasuklah Nizaruddin Yusof (penyerang), Norfarhan Mohamad (penyerang), Norshahrul Idlan Talaha (tengah-hamstring), Rosdi Talib (pertahanan-buku lali) dan Irwan Fadli Idrus (pertahanan).

B.Sathianathan juga akan menurunkan pasukan campuran (senior dan bawah 23 tahun) kerana faktor pengalaman yang dimiliki oleh pemain senior di peringkat antarabangsa tidak boleh diketepikan katanya.

Berita dari skuad kebangsaan mendedahkan sesuatu yang kurang gembira apabila ujian kecergasan di Institut Sains Negara (ISN) mendapati hanya dua pemain mencapai tahap cemerlang. Empat mencatatkan markah negatif, manakala baki pemain hanya mencapai tahap kecergasan sederhana.

Pemain yang dilanda kecederaan pula adalah Shukor Adan (kapten) yang masih belum pulih daripada kecederaan lutut. Manakala bek kiri veteran, Rosdi Talib yang mengalami kecederaan buku lali. Pemain tengah Selangor Amirulhadi, pula mengalami kecederaan yang di berpanjangan sejak sebelum Piala AFF Cup lagi dan dia bermain dalam kesakitan. Amirulhadi memerlukan pembedahan di ligamen belakang lutut kanannya dan memerlukan masa untuk pulih jika ia melakukan pembedahan.

Helmi Eliza telah tercicir dari senarai pemain kebangsaan bagi latihan pusat kelayakan Piala Asia 2011 yang dikeluarkan oleh FAM dengan Mohd Syamsuri Mustaffa (T-Team Terengganu) telah dipanggil . Latihan akan bermula pada Januari 15 2009. Hampir keseluruhan pemain yang gagal di AFF Piala Suzuki 2008 telah dikekalkan dengan tambahan Rosdi Talib, Syamsuri Mustaffa serta Fadzli Shaari telah dipanggil.

Senarai pemain kebangsaan yang akan menjalani latihan pusat kelayakan Piala Asia 2011 (27 pemain):
Penjaga gol (3): Syed Adney Syed Hussein (UPB My Team), Farizal Marlias (Perlis), Mohd Syamsuri Mustaffa (T-Team Terengganu)

Pertahanan (9): Mohd Fauzie Bin Nan (Perlis), Thirumurugan Veeran (Kedah), Shafizan Hashim (Kedah), S. Subramaniam (Perak), Norhafiz Zamani Misbah (KL Plus), Kaironnizam Sahabudin Husain (UPB My Team), Mohd Aidil Zafuan Abd Razak (Negeri Sembilan), Mohd Daudsu Jamaludin (Kelantan), Rosdi Talib (T-Team Terengganu),

Tengah (10): Mohd Marzuki Yusof (Terengganu), Badrul Bin Baktiar (Kedah), Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah), Mohd Hardi Jaafar (Selangor), Mohd Amirulhadi Zainal (Selangor), Mohd Fadzli Shaari (KL Plus), Muhammad Shukor Adan (Negeri Sembilan), Indraputra Mahayuddin (Kelantan), Mohd Ashari Samsuddin (Terengganu), Hairuddin Omar (T-Team Terengganu)

Penyerang (5): Nizaruddin Yusof (Perlis), Mohd Safee Sali (Selangor), Norsharul Idlan Yahala (UPB My Team), Mohd Zaquan Adha Abd Razak (Negeri Sembilan), Norfarhan Mohamad (Kelantan).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails