Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, November 6, 2009

AFC B-19: Malaysia berpesta gol

Skuad bawah 18 tahun kebangsaan bimbingan Ong Kim Swee meneruskan rentak cemerlang dalam kelayakan Kejohanan B-19 Tahun AFC dengan berpesta gol menewaskan Guam 9-0 dalam perlawanan ketiga kumpulan G di Stadium Linzi, Zibo petang tadi.

Kekalahan skuad kebangsaan kepada Korea Utara 1-2 dua hari lepas langsung tidak menjejaskan semangat juang anak didik Ong Kim Swee untuk meraih tiga mata penuh.

Skuad negara membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah Muhammad Fakhrurazi Musa pada minit ke-22 sebelum menambah gol keduanya enam minit selepas itu. Kedudukan 2-0 kekal sehinggalah tamat separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua Ong Kim Swee membawa masuk penyerang Thami Arasu dan Wan Zack Haikal menggantikan Saarvindran Devandran dan Nazirul Naim.

Pertukaran itu ternyata membuahkan hasil apabila Thamil Arasu menambah gol ketiga skuad negara pada minit ke-59. Fakhrurazi menambah derita Guam apabila dia menjaringkan hatrik pada minit ke-61 sebelum Thamil sekali lagi merobek gawang Guam empat minit kemudian.

Empat lagi gol skuad negara dijaringkan Wan Zack Haikal minit ke-76, Khairul Izuan Rosli minit ke-81, Saiful Ridzuwan Selamat minit ke-85 dan Wan Zaharulnizam Zakaria minit ke-90.

Untuk perlawanan seterusnya, skuad negara dijangka mendapat tentangan sengit tuan rumah China pada 8 November ini dan akan menamatkan saingan kelayakan bertemu Filipina pada 11 November.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails