Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Tuesday, February 23, 2010

Juara Sukan SEA hadapi Yemen, Togo

Seperti menentang Manchester United dan Kelayakan Piala Asia 2011 lalu, hanya Norhafiz Zamani Misbah; pemain senior yang mendapat kepercayaan K. Rajagobal bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Yemen dan Togo.

Agak pelik, jurulatih itu masih tidak terpesona dengan kehebatan penjaring terbanyak Liga Super, Azlan Ismail (Kedah) mahupun Safee Sali dan R. Surendren (Selangor) atau bintang Kelantan seperti Indra Putra Mahayuddin dan Nor Farhan Muhammad.

Mengiringi bek tengah KL PLUS itu ialah penjaring kedua terbanyak Liga Super, Ashari Samsudin yang kali terakhir mewakili negara ketika menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE), tahun lalu manakala kebanyakan daripada 24 pelatih kali ini merupakan tonggak juara Sukan SEA XXV Laos.

Aidil Zafuan Radzak mengetuai skuad emas itu di samping Zaquan Adha Radzak, Farizal Marlias, Amar Rohidan, Ahmad Fakri Saarani, Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim, Sabre Mat Abu, Asraruddin Putra Omar, Nasriq Baharom, Safiq Rahim, S. Kunanlan, Sharbinee Allawee Ramli dan Norshahrul Idlan Talaha.

Hanya Mahalli Jasuli, Muslim Ahmad dan K. Gurusamy yang turut beraksi di Laos, terkecuali daripada panggilan skuad pelatih negara ini memandangkan mereka baru berlepas bersama skuad bawah 21 tahun negara, Harimau Muda A untuk menyertai Liga 1 Slovakia.

Pemain tengah Selangor, Bunyamin Umar yang terlepas ke Laos kerana kecederaan, turut disenaraikan untuk menjalani sesi latihan dan pemilihan skuad kebangsaan mulai hari ini hingga 4 Mac depan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Senarai yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut menamakan tujuh muka baru iaitu Abdul Hadi Hamid, Khairul Helmi Johari, Faizal Abu Bakar (Kedah), Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur), Alif Samsudin (Negeri Sembilan), Muhaimin Omar (Terengganu) dan S. Chanturu (Kelantan).

Skuad negara menghadapi dua perlawanan A antarabangsa yang diiktiraf Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), menentang Yemen pada Sabtu ini di gelanggang yang belum dipastikan manakala bertemu Togo di Stadium Nasional, Bukit Jalil tanggal 3 Mac ini.

Yemen menjadikan persahabatan ini sebagai pemanas badan menjelang perlawanan Kumpulan A Piala Asia 2011 menentang Hong Kong pada 3 Mac ini, manakala kedatangan Togo bakal menjadi perhatian peminat bola sepak yang pasti menantikan aksi penyerang Manchester City, Emmanuel Adebayor.

Pasukan Afrika bimbingan Hubert Velud itu yang terpaksa menarik diri daripada Piala Negara-Negara Afrika di Angola, bulan lalu kerana serangan pengganas juga dijangka membariskan bintang Lens, Razak Boukari, Senah Mango (Marseille) dan Moustapha Salifou (Aston Villa).

Malaysia yang sudah pun terlepas tiket pusingan akhir Piala Asia 2011 di Qatar selepas ditewaskan UAE 1-0 di Stadium Al-Shabab, bulan lalu, hanya mempunyai dua tugasan antarabangsa tahun ini iaitu Pestabola Merdeka (Oktober) dan Kejohanan AFF di Hanoi dan Jakarta (Disember).

Selain itu, beberapa tonggak daripada skuad yang menjuarai Sukan SEA Laos, selain pasukan Harimau Muda A dan B (bawah 19 tahun) turut dipertaruhkan pada Sukan Asia XVI Guangzhou, 12-27 November ini, yang mensyaratkan setiap negara menghantar skuad bawah 23.

Skuad pelatih negara:

Norhafiz Zamani Misbah (KL PLUS), Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak, S. Kunanlan, Alif Samsudin (Negeri Sembilan), Farizal Marlias, Amar Rohidan, Ahmad Fakri Saarani (Perlis), Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim, Sabre Mat Abu, Abdul Hadi Hamid, Khairul Helmi Johari, Faizal Abu Bakar (Kedah), Asraruddin Putra Omar, Nasriq Baharom, Safiq Rahim, Bunyamin Umar (Selangor), Sharbinee Allawee Ramli, Ashari Samsudin, Muhaimin Omar (Terengganu), Norshahrul Idlan Talaha, S. Chanturu (Kelantan), Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur).


Goalkeepers: Farizal Marlias (Perlis), Sharbinee Allawee (Terengganu), Abdul Hadi (Kedah)

Defenders: Azmi Muslim (Kedah), Sabre Abu (Kedah), Khairul Helmi (Kedah), Norhafiz Zamani (PLUS FC), Asraruddin Putra (Selangor), Aidil Zafuan (Negeri Sembilan), Alif Samsudin (Negeri Sembilan), Nasriq Baharom (Selangor), Muhaimin Omar (Terengganu)

Midfielders: Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur), Bunyamin Umar (Selangor), Safiq Rahim (Selangor), S.Kunalan (Negeri Sembilan), Amar Rohidan (Perlis), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Faizal Abu Bakar (Kedah)

Strikers: Fakri Saarani (Perlis), Zaquan Adha (Negeri Sembilan), Ashaari Samsudin (Terengganu), S.Chanturu (Kelantan), Norshahrul Idlan (Kelantan)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails