Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, February 27, 2010

Rajagobal hilang tiga tonggak

KELIBAT tiga pemain utama - sayap kanan S Kunalan, penyerang Norshahrul Idlan Talaha dan pemain tengah Baddrol Bakhtiar mungkin tidak kelihatan dalam aksi perlawanan persahabatan menentang Yaman di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini kerana masih di belenggu masalah kecederaan.

Begitupun, tiada apa yang merisaukan jurulatih kebangsaan K Rajagobal kerana dia memiliki lapan muka baru yang akan dinilai prestasinya dalam perlawanan itu.

“ Kunalan dan Norshahrul mungkin tidak dapat beraksi sementara kemunculan Baddrol mungkin terpaksa dipertimbangkan sekiranya kecederaan yang dialami tidak begitu serius. Apa pun ia bergantung kepada kecergasannya nanti,” kata Rajagobal.


Senario itu menyebabkan Rajagobal belum dapat memastikan barisan kesebelasan utamanya apabila bertemu Yaman kerana dia mahu memberi peluang kepada muka baru yang dipanggil, antaranya Abdul Hadi Abdul Hamid, Mohamad Ashaari Samsuddin, S Chanturu dan Mohamad Alif Samsuddin.


“Ia bergantung kepada situasi. Mungkin ada satu atau dua pemain baru akan beraksi pada separuh masa pertama atau mungkin saya akan masukkan mereka pada aksi separuh masa kedua.”

Menurutnya, menang atau kalah bukan sasaran utama dalam perlawanan malam ini, tetapi lebih kepada menimba pengalaman dan dan menunjukkan peningkatan terutama di kalangan pemain baru itu.

“Yaman adalah sebuah pasukan yang kuat, sebelum ini mereka berjumpa Bahrain, Jepun dan Kenya dan kesanggupan mereka untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad kita adalah satu pendedahan yang perlu digunakan sebaik mungkin.”

Ranking Dunia dan Asia

PasukanFIFAAFC
Malaysia15934
Yemen10516
Okt 18 1984Malaysia4-1YemenCalcuttaContinental Qualifier
Sep 08 1990Malaysia0-1YemenKuala LumpurFriendly


HARGA TIKET : DEWASA RM 10.00/ KANAK-KANAK RM 5.00

MASA TIKET DI JUAL : 5.30 PETANG

MASA PINTU DI BUKA : 6.45 PETANG

TIKET DI JUAL DI GATE BIRU BERDEKATAN DENGAN MSN, PINTU MASUK JUGA DI GATE BIRU.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails