Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, February 19, 2010

Tiada Masalah Keserasian Pemain Baru Dengan Lama - Azraai

(Bernama) -- Lima pemain yang diserapkan dalam skuad bola sepak kebangsaan bawah 21 tahun, Harimau Muda 'A', dapat membentuk persefahaman mantap dalam tempoh yang singkat menjelang Liga Slovakia akhir bulan ini.

Jurulatih skuad Harimau Muda 'A', Mohd Azraai Khor Abdullah, berkata lima pemain baru itu adalah dari skuad kebangsaan bawah 23 tahun (Harimau Muda 'B') dan mereka tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dalam pasukan.

Lima pemain -- Mohamad Fadhli Mohd Shas, Gary Steven Robbat, Mohd Fandi Othman, A.Tamil Arasu dan Wan Zack Haikal Wan Noor -- menggantikan tempat lima pemain yang digugurkan daripada skuad Harimau Muda 'A'.

"Kita tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan lima pemain tersebut disebabkan mereka adalah pemain asal kita dan mereka sudah memahami bagaimana cara pemain lain beraksi," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Lima pemain yang digugurkan dan diserapkan kembali ke skuad Harimau Muda 'B' akan meneruskan saingan dalam Liga Perdana di bawah bimbingan Ong Kim Swee.

Mereka adalah Mohd Nazrin Baharudin, Muhamad Zulhariz Mohd Nor, Ahmad Aminuddin Shaharuddin, Yusaini Hafiz Chee Saad dan Mohd Shahrul Hafiz Mohd Shah.

Mohd Azraai berkata semasa di Slovakia, skuad negara akan bermain 14 perlawanan secara liga dengan tujuh perlawanan sebagai tuan rumah dan bakinya di tempat lawan.

Katanya selepas kembali dari Slovakia pada akhir Mei nanti, skuad tersebut akan belatih dan mengikuti perlawanan di Timur Tengah sebelum beraksi pada kejohanan 'Newspaper Cup' di Vietnam pada November nanti.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata mereka bercadang mengaturkan empat perlawanan antarabangsa untuk skuad itu, menentang skuad bawah-21 Austria, Republik Czech, Hungry dan Poland tetapi tarikhnya masih belum ditentukan lagi.

Selain itu, skuad itu juga akan beraksi pada Kejohanan Piala Presiden Obama di Michigan, Amerika Syarikat, dari 18 hingga 25 Mei ini.

Senarai Pemain Skuad Harimau Muda A ke Slovakia:

(Penjaga Gol) K. Sasikumar Kishor, Muhammad Zamir Selamat, Muhamad Shamim Othman.

(Pertahanan) Mahalli Jasuli, Mohd Faizal Muhamad, K. Shathiya, Mohd Bashahrul Abu Bakar, Mohd Muslim Ahmad (Penolong Kapten), Muhamad Nazri Ahmad, Mohamd Fadhli Mohd Shas, Mohd Fandi Othman.

(Pemain Tengah) Abdul Shukur Jusoh, G. Gurusamy (Kapten), Muhammad Syahid Faidon, V.Kavichelvan, Muszaki Abu Bakar, Mohd Affize Faisal Mamat, S. Sivanesan, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal Wan Noor.

(Penyerang) Ahmad Shakir Mohd Ali, K. Ravindran, Izzaq Faris Ramlan, Muhammad Rafiuddin Roddin, A. Thamil Arasu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails