Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Sunday, February 21, 2010

Skuad futsal lepasi ujian sulung

Jurulatih baru skuad futsal kebangsaan, Maizal Hairi Marzuki melepasi tugasan sulungnya dengan noktah kemenangan sambil barisan pemain negara pula membuktikan kemantapan mereka.

Malaysia mudah menewaskan Filipina 4-1 pada aksi pertama Pusingan Kelayakan ASEAN, Kejuaraan Futsal Asia 2010 di Stadium Tertutup Tenis Senayan, Jakarta, Indonesia petang semalam.

Malaysia bermula garang tetapi rembatan Khairul Effendy Bahrin seawal minit kedua dan Qaiser Heshaam Abdul Kadir pada minit ke-13 sekadar menggegar palang gol Filipina.

Hanya seminit kemudian barulah Malaysia berjaya memperoleh gol pertama menerusi Safar Mohammad yang pantas menyudahkan hantaran Qaiser Heshaam.

Namun pada awal babak kedua, jika tidak kerana kecekapan penjaga gol negara, S. Devandran, Filipina pasti dapat menyamakan kedudukan menerusi dua percubaan berbahaya pada minit ke-26 dan 27.

Penyerang lincah, Khairul Effendy Bahrin bagaimanapun melegakan kem negara yang diketuai pengurus pasukan, Datuk Hamidin Mohd. Amin dengan gol kedua pada minit ke-28 setelah menerima hantaran Fairuz Mohd. Noor.

Dua minit kemudian, ketua pasukan, Addie Azwan Zainal pula menambah gol ketiga sebelum Khairul Rizuan Harif Pagilah melengkapkan kemenangan Malaysia dengan gol keempat pada minit ke-33.

Namun Filpina berjaya juga memecah kekebalan barisan pertahanan Malaysia yang diketuai Muizzudin Haris dengan gol saguhati menerusi Zerrudo dua minit sebelum tamat permainan.

“Mana-mana pasukan pasti akan berhati-hati pada lima minit pertama kerana jika dibolosi, moral pemain boleh turun.

“Apa pun, pemain saya beraksi mengikut arahan dan disiplin berpasukan. Mereka dapat banyak peluang, cuma gagal diterjemahkan dengan lebih banyak gol lagi.

“Bagi menghadapi Kemboja (hari ini), saya sudah mempunyai strategi dan percaturan baru untuk mencari kemenangan,” kata Maizal pada sidang media selepas perlawanan.

Kelayakan Futsal Asia

Feb 20 2010 (Sab)
A14:30Australia6-1Myanmar
B16:15Malaysia
Safar b Mohamad (14), Mohd Khairul Effendy b Mohd Bahrain (29), Addie Azwan b Zainal (31), Khairul Rizuan b Hanif Pagilah (33)
4-1Philippines
Zerrudo Ariel Jr. Andaya (38)
B18:30VietnamvsCambodia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails