Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Wednesday, February 16, 2011

Harimau Malaya tak jadi lawan Scotland, China enggan ambil bahagian

KUALA LUMPUR - Hasrat peminat bola sepak Malaysia mahu menyaksikan satu perlawanan persahabatan kelas A tidak kesampaian apabila pertemuan yang cuba diaturkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan Scotland menemui jalan buntu.


Ia gara-gara ketiadaan China yang enggan mengambil bahagian dalam satu siri kejohanan tiga negara di Kuala Lumpur yang cuba diaturkan oleh satu penaja pada bulan Mac ini.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, keengganan China menyertai kejohanan melibatkan menyebabkan penaja terbabit tidak berminat meneruskan usaha mereka tanpa mencari pasukan lain sebagai ganti.

''Penaja itu mahu penglibatan China di dalam kejohanan berkenaan, jika negara terbabit tidak mengambil bahagian, mereka (penaja) tidak mahu mengadakan kejohanan tersebut.

''Itu membuatkan kejohanan tiga negara tersebut tidak dapat diteruskan dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) terpaksa mencari alternatif lain bagi perlawanan persahabatan pada bulan Mac.

''Buat masa ini, FAM telah menghantar surat jemputan salah satu pasukan di benua Asia Timur dan kami sedang menunggu jawapan daripada mereka,'' kata sumber berkenaan.

Malaysia yang berada di ranking 140 dunia baru sahaja merakamkan kemenangan ke atas Hong Kong 2-0 pada perlawanan persahabatan 9 Februari lalu bagi meneruskan rentak konsisten selepas menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Usaha pencarian ranking yang lebih baik amat penting buat anak- anak buah K. Rajagobal bagi mendapatkan undian mudah semasa pusingan kelayakan Piala Dunia benua Asia yang dijangka akan diadakan pada bulan Mac atau April ini.

Ketika ditanya pasukan mana yang dijemput oleh FAM untuk menghadapi Malaysia, sumber tersebut mahu 
merahsiakan nama negara berkenaan tetapi ia bukan pasukan yang besar seperti Jepun atau Korea Selatan.
''Pasukan itu berada sama tahap dengan kita, tetapi yang penting kami dapat mengadakan satu perlawanan persahabatan dalam bulan Mac ini.

''Saya tetap anggap pasukan ini dapat memberikan satu aksi kompetitif kepada skuad kebangsaan kita," ujarnya.
Berdasarkan semakan dilakukan oleh Utusan Malaysia di ranking Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), kemungkinan besar pasukan yang dimaksudkan ialah Taiwan yang berada di tangga 154.

sumber:
utusan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails