Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, February 12, 2011

National U17 vs Terengganu U21 (3-1)

Skuad Kebangsaan bawah 17 tahun memulakan langkah bergaya dengan menumpaskan Terengganu 3-1 pada perlawanan pertama Liga Presiden petang semalam.

Separuh masa pertama dikuasai sepenuhnya apabila berjaya merobek gawang Terengganu pada minit ke 18, 20 dan 42. Muhmd Ridzuan B Abdunloh memanfaatkan tendangan percuma disusuli dengan gol keduanya 2 minit kemudian hasil umpanan Muhmd Akhir B Bahari. Muhammad Akhir menyudahkan hantaran Mohmd Ashmawi B Mohd Yakin untuk gol ke-3 pada minit ke-42.

Tersentak dengan keadaan tersebut, Terengganu cuba bangkit pada separuh masa kedua melalui beberapa serangan dan penguasaan pada bahagian tengah. Hasilnya mereka berjaya memperolehi gol pada minit ke-77. Kedudukan kekal 3-1 hingga tamat permainan.

Walaupun berjaya mencapai kemenangan, Ketua jurulatih U17 Aminuddin Hussin  belum berpuashati dengan persembahan para pemainnya.

Menurutnya.. "dari segi corak permainan kita bermula perlahan pada separuh masa pertama, cuma kita mempunyai sedikit kelebihan apabila bahagian tengah dan serangan memberi asakan pada pertahanan mereka. Pemain pula bijak mengambil kesempatan. Namun secara keseluruhan saya kurang berpuas hati dengan sikap pemain yang mula mengambil mudah hingga hampir membawa padah apabila terlalu banyak ruang diberikan kepada lawan.

Skuad U17 akan berdepan dengan Kuala Lumpur pada 21 Februari, 4.45 petang di Padang MSN Bukit Jalil.

gambar2 semasa perlawanan boleh tgk kt laman web harimau muda:
sumber:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails