Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, February 24, 2011

Bekalan 2 gol ke lahore


Skuad bola sepak Olimpik negara Bawah 23 tahun berjaya membenam pasukan pelawat Pakistan 2-0 pada perlawanan pusingan pertama kelayakkan Olimpik yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor.
Rentak teratur dan kemas dipamer para pemain muda negara dengan menguasai permainan sejak wisel mula ditiup pengadil perlawanan dari Hong Kong, Liu Kwok  Man.
Gol pertama negara dijaringkan seawal minit ketiga menerusi rembatan menarik dari luar kotak penalti oleh Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria yang bermula dari sepakan penjuru oleh Md Fandi Othman.
Serangan bertali arus terus dilancarkan oleh anak buah Ong Kim Swee, pemain pertahanan K Gurusamny (m15) hampir menambah gol kedua tetapi sepakan percumanya sekadar terkena palang gol Yousuf Ejaz Butt.
Bermain dihadapan penyokong lawan nyata memberi tekanan kepada  Pakistan yang akhirnya mengakibatkan Ansar Abbas dilayangkan kad merah pada minit akhir separuh masa pertama selepas menyepak penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat.
Selang beberapa minit daripada insiden tersebut, Md Irfan Fazail memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada dengan menjaringkan gol kedua menerusi rembatan volley di luar kotak penalti.
Aksi separuh masa kedua memperlihatkan corak permainan perlahan dan berhati-hati daripada kedua-dua pasukan, namun secara purata pemain M'sia lebih mengawal permainan.
Paling malang sekali ialah apabila anak buah Ong Kim Swee gagal memanfaatkan banyak peluang yang terhidang serta dilihat sedikit leka pada separuh masa kedua.
"Kami sepatutnya menang dengan jumlah gol yang banyak tetapi ketumpulan penyudah sedikit mengecewakan.
"Walaubagaimanapun, saya berpuas hati dengan prestasi keseluruhan para pemain. Misi seterusnya ialah mengekalkan fokus dan memanfaatkan kelebihan yang ada apabila di Lahore nanti," kata ketua jurulatih, Ong Kim Swee.
Hanya percubaan menarik Ahmad Fakri Saarani berjaya mencuri tumpuan apabila mengegarkan palang gol Pakistan pada minit ke-57.
Hasil kemenangan ini, Malaysia berjaya membawa kelebihan dua gol apabila bertandang ke Lahore, Pakistan pada 9 Mac nanti.
Saya mahu pemain melupakan kemenangan ini kerana masih mempunyai baki 90 minit permainan yang perlu ditempuhi sebelum melangkah ke peringkat seterusnya,


Kim Swee yang turut berterima kasih kepada penyokong yang hadir memberi sokongan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails