Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Tuesday, December 1, 2009

Penerbangan skuad bola sepak ke Vientiane ditangguh



Penerbangan yang membawa pasukan bawah 23 negara ke Sukan SEA Laos, semalam terpaksa ditunda ekoran berlakunya masalah teknikal.

Penangguhan itu dibuat ekoran kegagalan mendapat kebenaran mendarat lebih awal daripada pihak berkuasa Laos.

Kebenaran hanya diperoleh pada pukul 4.30 petang dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan untuk berlepas pagi ini.

Pasukan negara dijadualkan berlepas pagi semalam menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penerbangan tersebut merupakan kerjasama antara TUDM dengan FAM bagi membawa pasukan bola sepak negara ke Laos.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, keputusan itu terpaksa dibuat kerana waktu sudah lewat dan pemain sudah penat menanti di Pangkalan TUDM Subang.

Katanya, penerbangan menggunakan kapal terbang TUDM mengambil masa sehingga tiga jam lebih untuk tiba di Laos.

Sehubungan itu katanya, pemain ditempatkan di sebuah hotel bagi menanti penerbangan hari ini.

"Pasukan negara akan berlepas ke Laos pada pukul 8 pagi esok (hari ini) di Pangkalan TUDM Subang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini, semalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails