Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, December 31, 2009

Tutup tirai 2009 penuh bergaya

Skuad bola sepak kebangsaan meneruskan aksi menyakinkan selepas menamatkan kemarau emas di Sukan SEA XXV Laos lalu untuk menutup tirai 2009 dengan bergaya apabila menewaskan Syria 4-1 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.



FAKRI (depan) diasak pemain pertahanan Syria pada aksi persahabatan
di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.


Minit 2 - Zaquan Adha mempersia-siakan peluang terbuka di depan pintu gol apabila berdepan dengan penjaga gol dengan sekadar menyepak sipi setelah menerima hantaran leret daripada Norshahrul Idlan Talaha.

Minit 15 - Gawang Syria berjaya dibolosi Zaquan tetapi gol itu dibatalkan selepas penjaga garisan mendapati bola hantaran Norshahrul telah pun keluar dari kawasan permainan.

Minit 20 - hantaran lintang Safiq Rahim dari sebelah kanan yang ditanduk cantik Ahmad Fakri Saarani berjaya ditepis penjaga gol Syria.

Minit 31 - Norshahrul yang membawa bola sehingga ke kawasan penalti dijatuhkan. Safiq Rahim dengan tenang berjaya menyempurnakan sepakan penalti buat gol pertama,

Babak kedua bermula, Malaysia membuat dua pertukaran dengan membawa masuk Aidil Zafuan Radzak dan Mazlizam Mohamad bagi menggantikan Muslim Ahmad dan Nasriq Baharom.

Minit 63 - Norshahrul sekali lagi dijatuhkan di dalam kawasan penalti dan Safiq sekali lagi mudah menyempurnakan sepakan penalti. Malaysia 2-0 Syria.

Minit 68 - Syria dihadiahkan sepakan penalti setelah pemain Malaysia dikatakan menolak seorang pemain Syria ketika sepakan sudut diambil. Malaysia 2-1 Syria

Minit 77 - Zaquan merembat kencang hantaran Abdul Manaf Mamat dalam kawasan kotak penalti Syria. Malaysia 3-1 Syria

Minit 78 - Zaquan dilayangkan kad kuning kedua kerana dianggap pengadil sengaja melengah-lengahkan perlawanan ketika dia hendak ditukarkan dengan Ahmad Shakir Md. Ali. Malaysia bermain dengan 10 pemain.

Minit 90 -Pemain gantian, K. Gurusamy melarikan bola dari tengah padang dan mengangkat bola keatas untuk merperdayakan penjaga gol Syria. Malaysia 4-1 Syria.

Perlawanan kedua-dua pasukan ini adalah sebagai persiapan kelayakan Piala Asia 2011 dengan pasukan kebangsaan akan berdepan dengan UAE di Dubai manakala Syria bertemu China pada Januari 6 2010 nanti.

Ranking Dunia : Malaysia (160), Syria (91)

Kehadiran Penonton: 3,000

Petikan dari K.Rajagobal Ketua Jurulatih Malaysia "Nampaknya kita berada di landasan terbaik untuk menghadapi perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia 2011 menentang UAE di Dubai pada 6 Januari depan.

"Kadang kala pasukan kuat pun boleh tewas tetapi saya gembira dengan kemenangan ini.

"Saya bangga dengan persembahan para pemain. Bukan senang kita nak bolosi pasukan kuat dengan empat gol. Harap kita dapat terus kekal fokus dan konsisten.

"Mungkin Syria pandang rendah pasukan kita. Tapi kita lihat mereka mula mengasak pada babak kedua. Tentang pengadil, saya tak mahu komen, anda sendiri yang boleh menilainya,"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails