Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, December 17, 2009

Najib Gembira Kejayaan Bola Sepak Di Sukan SEA Dan Harap Bukan Kejayaan Bermusim

PEMAIN bola sepak negara meraikan kemenangan mendapat pingat emas setelah mengalahkan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir Malaysia menentang Vietnam di Stadium National Laos, hari ini.


Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa gembira di atas kejayaan pasukan bola sepak negara menggondol pingat emas di Sukan SEA, Laos dan berharap ini bukan kejayaan bermusim.

Perdana Menteri berkata beliau ingin melihat perubahan ketara dalam kedudukan pasukan bola sepak negara berbanding negara lain.

"Kita harus guna ini sebagai batu loncatan ke arah kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian bagi menggulas kejayaan pasukan bola sepak negara yang akhirnya berjaya menamatkan kemarau emas selama 20 tahun selepas menumpaskan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-25 di Vientiane, Laos.

Menyentuh mengenai kejayaan kontinjen Malaysia yang berjaya meraih 40 pingat emas setakat ini, Najib berkata ia adalah satu pencapaian yang baik berbanding sasaran minima negara iaitu 35 pingat emas.

"Tetapi masih ada lagi acara, dan mungkin kita akan tambah lagi (kutipan pingat)," katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua atlet Malaysia yang berjaya di sukan dwi tahunan itu dan menyifatkan kejayaan itu sangat merangsangkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails