Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Sunday, December 6, 2009

Rajagobal: Kami hormati Vietnam


BARISAN skuad bola sepak negara merakam gambar kenangan di hadapan Perkampungan Sukan SEA XXV di National University of Laos selepas selesai menjalani latihan semalam.


VIENTIANE, Laos - "Kami bukan takut tetapi kami menghormati mereka."
Bunyinya seperti mahu merendah diri, namun bagi jurulatih skuad bola sepak negara, K. Rajagobal, beliau hanya menuntut anak-anak buahnya memberi fokus sepenuhnya pada pertemuan menentang Vietnam.

Ini kerana, Rajagobal tidak mahu skuad negara terjerat dengan perangkap lawan mereka itu pada aksi Kumpulan A temasya Sukan SEA XXV di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional petang ini.

Namun, Rajagobal menegaskan, rekod pertemuan ketika menentang Vietnam pada tiga temasya Sukan SEA lalu tidak harus dijadi- kan ukuran kerana tumpuannya lebih terarah kepada barisan kendaliannya ketika ini.

"Tidak guna kita bercakap perkara yang sudah lepas. Bagi saya, apa yang penting, kita perlu tumpukan pada skuad yang ada sekarang. Kita tidak boleh membandingkan skuad ini dengan skuad Malaysia yang beraksi pada Sukan SEA yang lalu," jelas Raja- gobal selepas tamat sesi latihan skuad negara semalam.

Untuk rekod, skuad negara hanya menang sekali dan tewas tiga kali kepada Vietnam dalam empat temasya Sukan SEA sebelum ini.

Pada temasya 2001 di Kuala Lumpur, skuad negara berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Vietnam pada aksi peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, dalam tiga pertemuan berikutnya menyaksikan skuad negara terpaksa akur dengan kehebatan Vietnam.

Skuad negara gagal melangkah ke final pada temasya 2003 di Vietnam apabila tewas 3-4 dalam saingan separuh akhir.

Pada Sukan SEA 2005 di Manila, Filipina, skuad negara sekali lagi gagal menjejakkan kaki ke final apabila tewas 1-2.

Lebih malang, skuad negara dimalukan Vietnam dengan kekalahan 1-3 pada temasya 2007 di Korat, Thailand.

Menjelang aksi menentang Vietnam hari ini, Rajagobal berharap skuad kendaliannya mampu memberi komitmen seratus peratus di tengah padang tanpa memikirkan rekod pertemuan dengan Vietnam sebelum ini.

"Setiap jurulatih pastinya mahu mendapatkan keputusan yang baik. Jadi kami akan turun dengan semangat yang tinggi.

"Jika kami menang, peluang untuk mara ke sepa- ruh akhir lebih cerah.

"Apa yang saya tekankan kepada pemain adalah agar mereka bermain seperti yang diarahkan," jelas Raja- gobal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails