Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Tuesday, December 29, 2009

Jangan bandingkan dengan Vietnam


PASUKAN bola sepak bawah 23 negara yang berjaya menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas Sukan SEA di Laos. Malaysia menewaskan Vietnam 1-0.


Jangan bandingkan jumlah imbuhan yang diterima oleh pemain Malaysia dan Vietnam.

Itu kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengenai perbezaan jumlah ganjaran yang diterima oleh para pemain skuad bola sepak Bawah 23 tahun kebangsaan dan lawan yang mereka tundukkan pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA XXV, Vietnam.

Para pemain skuad kebangsaan menerima RM30,000 setiap seorang di atas kejayaan membawa pulang pingat emas Sukan SEA XXV.

Sedangkan pemain Vietnam, yang kalah 0-1 kepada Malaysia pada perlawanan akhir, menerima imbuhan jauh lebih besar iaitu AS$210,000 atau bersamaan RM720,000 keseluruhan, walaupun sekadar muncul naib juara.

Menurut Azuddin, adalah tidak adil bagi sesiapa yang membandingkan jumlah imbuhan yang diterima oleh pemain kita dan Vietnam.

‘‘Apakah matlamat membanding-bandingkan imbuhan yang diterima oleh pemain kita dan Vietnam?

‘‘Bagi saya biarlah mereka (Vietnam) dengan cara mereka dan kita dengan cara kita.

‘‘Kita memberi imbuhan mengikut kemampuan kita. Jumlah yang kita beri adalah jumlah yang kita mampu.

‘‘Saya percayai para pemain kita berpuas hati dengan imbuhan yang mereka terima. Saya percaya mereka tidak menilai kejayaan mereka dari sudut wang ringgit,’’ katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Setiap pemain skuad bola sepak negara yang menamatkan kemarau juara selama 20 tahun dalam acara bola sepak Sukan SEA menerima bonus keseluruhan hampir RM30,000 sebagai ganjaran kejayaan itu.

Namun, imbuhan tersebut diselubungi isu apabila ada pihak yang membandingkan jumlah lebih besar yang diterima oleh pemain Vietnam.

Menurut Azzuddin, adalah sukar jika setiap kejayaan pelru diukur dengan jumlah imbuhan yang diberikan.

‘‘Kita harus faham bahawa adalah sukar untuk mengukur sesuatu kejayaan jika ia hanya berdasarkan jumlah wang imbuhan yang diberikan.

‘‘Apa yang lebih penting, pandang lah imbuhan ini sebagai satu pengiktirafan kepada pemain pemain, ini lebih mustahak dan lebih bernilai. Tidak perlu ada perbandingan.

‘‘Jumlah ini yang mampu kita berikan sebagai pengiktiraf terhadap pengorbanan pemain yang berjuang bersungguh-sungguh demi membawa kejayaan yang kita nanti-nantikan selama 20 tahun,’’ katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails