Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Wednesday, December 30, 2009

Syria uji Malaysia


MALAYSIA VS SYRIA


Image VS Image


TEMPOH ‘bulan madu’ buat barisan pemain K Rajagobal sudah berakhir. Skuad negara yang diiktiraf selaku jaguh baru Asia Tenggara selepas merangkul pingat emas di Sukan Sea ke-25 Laos bakal diuji pasukan kebangsaan Syria dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Walaupun pertemuan itu sekadar ujian dalam persiapan sebelum berlepas ke Dubai untuk menghadapi Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 6 Januari depan bagi pusingan kelayakan Piala Asia, ia tidak dipandang ringan Rajagobal kerana sedar aksi anak buahnya itu bakal menjadi tumpuan peminat tanah air selepas kejutan dilakarkan di Laos.

Namun, jurulatih itu tetap tenang kerana apa mahu dituntut daripada pemainnya adalah peningkatan kerana beliau mengakui belum tiba masanya mereka mengimpikan kejayaan di luar kemampuan.

“Syria pasukan yang bagus. Mereka meraih keputusan baik dalam pusingan kelayakan Piala Asia. Dari segi ranking, mereka di tangga ke-91 dunia berbanding kita. Mereka lebih baik dari semua aspek. Jadi, saya mahu tekankan kepada peminat yang skuad ini adalah pasukan muda untuk masa depan dan mereka berusaha untuk meningkat kerana kejayaan bukan dapat dihasilkan serta-merta.

“Walaupun skuad ini pasukan kebangsaan, sebilangan besar daripada mereka berusia bawah 23 tahun. Mereka masih muda dan banyak lagi yang harus mereka pelajari untuk menjadi lebih bagus,” kata Rajagobal.


Di atas kertas, kehebatan Syria sememangnya diakui berdasarkan prestasi semasa mereka mengungguli Kumpulan D pusingan kelayakan Piala Asia dengan mengatasi China, Vietnam dan Lebanon.

Bagaimanapun, itu bukan isyarat untuk skuad muda negara mudah mengaku kalah kerana Rajagobal mahu setiap pemain memberikan aksi terpuji supaya mendapat penghormatan.

Malah, beliau mahu menjadikan perlawanan itu sebagai medan memilih 18 pemain untuk dibawa ke Dubai bagi menentang UAE.

“Sekarang saya masih ada 23 pemain. 18 akan dipilih untuk perlawanan dengan UAE, semua pemain berpeluang kerana saya hanya akan pilih pemain sebelum berangkat ke Dubai,” katanya.

Bagaimanapun, perkhabaran kurang menyenangkan buat kem negara apabila pemain senior, Mohd Amri Yahyah tidak dapat diturunkan dalam perlawanan menentang Syria kerana belum pulih daripada kecederaan lutut.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails