Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Monday, December 7, 2009

Video: Vietnam Vs Malaysia










Group A

Team Pld W D L G F GA GD Pts
Vietnam 3 2 1 0 8 2 +6 7
Thailand 2 1 1 0 5 1 +4 4
Malaysia 2 1 0 1 12 3 + 9 3
Cambodia 2 1 0 1 4 5 −1 3
Timor-Leste 3 0 0 3 1 1 9 −18 0

Malaysia kembali sukar


KETUA pasukan bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd Razak (dua dari kiri) bersama rakan membantah tindakan pengadil perlawanan Kim Jong Hyeok (kiri) mengarahkan pemain negara Zaquan Abd Razak meninggalkan padang selepas melayangkan dua kad kuning pada separuh masa kedua Malaysia bertemu Vietnam di National Stadium, semalam. Vietnam menang 3-1.



Tewas kali keempat berturut-turut di tangan Vietnam

BUKAN hanya pintu keluar kini dipandang skuad negara, malah aib tambah tercalar angkara tindakan pemain mensasarkan pengadil sebaik tumbang 1-3 kepada Vietnam di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos, petang semalam.

Kecewa kali keempat berturut-turut di tangan lawan sama di pentas saingan serantau itu menghimpit negara dengan satu-satunya pilihan berbaki, iaitu menundukkan pasukan pilihan, Thailand, pada aksi terakhir Kumpulan A nanti jika mahu terus melangkah ke separuh akhir.

Sejak awal lagi, petanda bimbang mengganggu apabila Zaquan Adha Abdul Radzak tiada dalam kesebelasan utama kerana sakit mata ketika Abdul Manaf Mamat yang masuk selaku pengganti, sukar membentuk kombinasi mantap bersama Norshahrul Idlan Talaha.


Berpunca daripada sepakan percuma yang bertukar menjadi anugerah penalti, Vietnam sudahpun mendahului pada minit ke-13 apabila Phan Thanh Bonh meledakkan rembatan yang sama sekali memperdaya penjaga gol, Farizal Marlias.

Ianya berganda 12 minit kemudiannya akibat kelalaian benteng negara membolehkan Mai Tien Thanh meloloskan diri dan menyepak leret menerjah jaring.

Tapi kebangkitan segera dicipta skuad negara dengan asakan pantas yang menyaksikan bola umpanan lintang Ahmad Fakri Saarani daripada sebelah kanan tertanduk ke dalam gawang sendiri oleh Vo Hoang Quang beberapa saat kemudiannya.

Ketika tandukan Amar Rohidan yang sipi pada minit ke-37 menampakkan petanda positif, ianya tergencat apabila Vietnam menamatkan babak pertama dengan 3-1 hasil gol Nguyen Trong Hoang pada penghujung masa kecederaan.

Mereka cuba menjelmakan kebangkitan pada separuh masa kedua, tetapi tiada percikan kreatif atau pemain mampu menjelmakan kelainan memunculkan diri buat setiap ancaman yang dicipta, mudah dihapuskan benteng Vietnam.

Zaquan, masuk menggantikan Amar Rohidan pada babak kedua, melengkapkan igauan ngeri apabila diperintah keluar padang pada masa penghujungnya, sebelum insiden lebih memalukan apabila pemain-pemain negara mengerumuni pengadil, Kim Jong-hyeok - yang memungkinkan tindakan lebih buruk buat skuad negara.

Apa yang peliknya, kesalahan kerap dituding ke arah pemain Malaysia.

Ketika penulis bertanyakan kepada seorang rakan petugas media Vietnam mengapa agaknya Zaquan sanggup mengetepikan akibat tindakannya menyerang pengadil, wartawan tersebut menjelaskan: "Pemain No. 8 Malaysia mungkin amat marah... Dia berada di dalam keadaan marah yang amat sangat terhadap pengadil."

"Kesalahan pemain No. 8 anda tidak sepatutnya dilayangkan kad merah oleh pengadil," tambah wartawan itu.

Demikian penilaian wartawan tersebut terhadap insiden yang hampir mencetuskan kekecohan besar.

Inilah kesimpulannya. Kemarahan melampau menyebabkan Zaquan Adha hilang pertimbangan.

Akhirnya, Malaysia meniti laluan sukar untuk ke separuh akhir. Kini Thailand perlu diatasi - lawan yang sudah lama tidak ditundukkan dan nyata memiliki kelebihan daripada hampir semua segi.

Malaysia akan bertemu dengan Kemboja esok dan akan bertemu Thailand pada 11/12/2009( jumaat ini).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails