Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, December 31, 2009

Harimau Muda ke Liga-S 2010 ?

Harimau Muda ke Liga-S 2010 ?



Khabar-khabar angin yang bertiup mengatakan Harimau Muda dibawah bimbingan Azraai Khor yang digugurkan dari Liga Super 2010 akan bermain di Liga-S Singapura.

Akibat dari penggantungan antarabangsa pasukan DPMM Brunei dan perancangan pasukan Super Reds bertukar ke pasukan tempatan pada 2010, akan mengakibatkan hanya pasukan dari Jepun iaitu Albirex Niigata pasukan tunggal asing yang disahkan menyertai Liga-S 2010.

Persatuan Bola sepak Singapura (FAS) berminat untuk terus mengekalkan kemasukan pasukan luar, permohonan dari negara Asia, Afrika, Australia dan pasukan Eropah termasuk dalam pertimbangan.

Pasukan juara Liga Super China iaitu Beijing Guoan (simpanan) dan satu pasukan berpengkalan di Darwin, Australia menjadi pilihan utama. Pasukan ini akan bermain secara timbal-balik seperti yang dilakukan oleh DPMM tahun 2009.

Masalah logistik untuk menerbangkan pasukan dari Singapura ke Darwin menjadi penghalang utama. Ini bermakna pasukan Beijing Guoan mempunyai kelebihan. Seperti pasukan dari Jepun pasukan utama mereka akan bermain di Liga-J manakala pasukan simpanan bermain di Liga-S, pasukan Beijing juga dilaporkan berhasrat mengikut jejak itu.

Sekilas pandang pertandingan liga tempatan Singapura:

S-League (Liga-S) :
Liga professional Singapura. Musim 2010 bermula dari Feb 1 - Nov 2010.

Terdapat 12 pasukan pada musim 2009 iaitu : SAFFC (Angkatan Tentera Singapura), Tampines Rovers, Gombak United, Home United, Super Reds (Korea), Geylang United, Albirex Niigata (S), Young Lions (pasukan b-23 tahun kebangsaan Singapura), Woodlands Wellington, Sengkang Punggol, Balestier Khalsa dan Brunei DPMM (digantung semasa liga).

Terdapat tujuh pasukan luar Singapura pernah menyertainya iaitu Albirex Niigata FC (Singapore), Sinchi FC, Sporting Afrique FC, Liaoning Guangyuan FC, Super Reds FC, Dalian Shide Siwu and Brunei DPMM FC. Nama rasminya ialah Great Eastern S-League. Kejohanan ini setaraf Liga-M di Malaysia.

Singapore Cup (Piala Singapura) :
Kejohanan kalah mati melibatkan kelab Liga-S dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini turut disertai wakil kelab seperti dari Malaysia, Thailand, Cambodia, Brunei Darussalam dan Indonesia. Ianya berjalan serentak dengan musim liga.

Bank RHB menjadi penaja utama kejohanan ini sejak 2005. Kejohanan ini setaraf dengan Piala FA di Malaysia. Pemenang mewakili Singapura dalam Piala AFC. Harimau Muda (B-23) menyertainya pada tahun 2006, tewas di pusingan awal.

Singapore League Cup (Piala Liga Singapura) :
Kejohanan kalah-mati tahunan ini disertai oleh 12 pasukan Liga-S. Ianya dilancarkan pada 2007 sebagai trofi kejuaraan domestik ketiga bersama-sama Liga-S dan Piala Singapura.

Musim 2009 menggunakan format tiga pasukan dengan empat kumpulan secara liga. Dua pasukan teratas layak ke pusingan kalah-mati. Kejohanan ini setaraf dengan Piala Malaysia.

Prime League (Liga Utama) :
Kejohanan liga simpanan merangkap kejohanan remaja. Kejohanan ini setaraf Piala Presiden di Malaysia. Nama rasminya Great Eastern-YEO'S Prime League.

Purata kehadiran penonton adalah 2,039 (2009), 1844 (2008)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails