Barisan Kelantan 2010 ini akan terus dikenang sampai bila-bila.
Mereka telah berjaya melaksanakan misi dengan sempurna dengan kejayaan membawa pulang trofi Piala Malaysia ke Kota Bharu buat pertama kalinya selepas menundukkan juara bertahan, Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bagaimanapun, Kelantan mengharungi detik mendebarkan apabila ketinggalan sejak awal minit ke-13.
Kelantan yang berjersi putih bagaimanapun mengambil masa untuk mendapatkan rentak dengan kapten pasukan, Indra Putra Mahayuddin turut gugup beraksi di pentas final.
Pasukan kendalian Wan Jamak Wan Hassan berada di depan selepas Shahurain Abu Samah menyempurnakan sepakan penalti kerana kesilapan pertahanan yang menjatuhkan S Kunanlan.
Shahurain diarahkan mengambil semula sepakan dan dia dengan tenang menghantar bola ke penjuru kiri sekaligus memperdayakan gawang yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat.
Kelantan bagaimanapun bangkit pada separuh kedua untuk memadamkan kelebihan lawan dengan gol hasil jaringan Hairuddin Omar dan Badrul Radzi.
Penampilan pasukan Pantai Timur itu berbeza sama sekali dari permulaan babak sehingga memaksa Negeri Sembilan bekerja keras.
Enam minit selepas perlawanan bersambung Kelantan bermula garang sehingga hampir memperolehi gol menerusi tandukan Hairuddin Omar yang dikuis keluar penjaga gol disusuli rembatan Badrul Radzi yang melambung tinggi.
Negeri Sembilan mengharungi permainan dengan 10 pemain ekoran Aidil Zafuan Abdul Razak yang sedang menerima rawatan akibat kecederaan.
Ketiadaan tonggak pertahanan muda itu dimanfaatkan sepenuh lawan. Tandukan Hairuddin Omar ternyata begitu berbisa untuk dia melonjakkan semangat rakan-rakannya.
Gol Hairuddin itu dijelmakan hantaran silang Norshahrul Idlan Talaha untuk dia menewaskan Sani Kamsani.
Kelantan terus mengasak dan akhirnya memimpin perlawanan buat pertama kalinya pada minit ke-65 apabila Badri Radzi berjaya membaca lorongan Norfarhan Mohamad sebelum dia melepaskan rembatan deras untuk menewaskan Sani Anuar Kamsani buat kali kedua.
Masa selebihnya, permainan bertambah rancak malah Wan Jamak akhirnya memasukkan Rezal Zambery Yahya yang belum cergas sepenuhnya. Kelantan pula memberi kesempatan kepada Akmal Rizal Rakhli untuk merasai bahang final.
Bekas pemain kebangsaan itu nyaris memperolehi gol tapi dia mempunyai sebab untuk berasa geram kepada Aliff Samsudin yang menariknya daripada belakang.
BE THE 12TH MAN

Sunday, October 31, 2010
Friday, October 29, 2010
Previu final Piala Malaysia

FINAL Piala Malaysia edisi ke-84 merupakan ulangan pertemuan tahun lalu, mempertemukan juara bertahan Negeri Sembilan dan Kelantan serta dua pakar taktik yang pernah menyumbang khidmat di Wisma FAM.
Bekas pemain pertahanan negara, Wan Jamak Hassan, mengendalikan Negeri Sembilan dan sudahpun membimbing pasukan Hobin Jang Hobin merangkul Piala Malaysia dan Piala FA.
Bekas anggota skuad Olimpik 1980 itu bergelar jurulatih kebangsaan dari Februari 1996 hingga Disember 1997, membawa skuad kebangsaan muncul naib juara Piala AFF pada 1996. Dia juga menjadi penolong Michael Urukalo ketika Johor menjulang PialaMalaysia pada 1991.
Sathianathan pula membawa pasukan Bawah 23 kebangsaan muncul juara Pestabola Merdeka ketika berkhidmat selaku jurulatih kebangsaan dari 2007 hingga 2009, apabila dipecat sesudah menuturkan kata-kata kontroversi, “Liga M bukan bola sepak”.
Jika Negeri Sembilan berteraskan pembangunan remaja, Kelantan pula bijak memancing bintang berpengalaman untuk memantapkan pasukan secara jangka masa pendek.
Mengambil alih daripada Hatem Souissi pada lewat 2007, Wan Jamak mengenal pasti beberapa anggota skuad Piala Presiden negeri itu untuk dijadikan tulang belakang.
Hasilnya, lapan pemain dalam skuad utamanya layak mewakili Negeri Sembilan dalam Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka Jun lalu.
Kemunculan pemain muda seperti Aliff Shamsuddin, 21, dan Halim Zainal, 22, diadunkan pula dengan kelompok pemain berusia 23-24 tahun seperti Shahurain Abu Samah, S. Kunanlan, Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad dan dibantu kehadiran tonggak veteran berusia 30-an seperti Shukor Adan, Ching Hong Aik, Rezal Zambery Yahya dan Idris Karim.
Kecederaan Zaquan Adha Abdul Radzak yang terpaksa berehat panjang akibat pembedahan lutut memaksa Wan Jamak bermain dengan formasinya termasuk meletakkan pemain yang serba boleh mengawal kawasan penting.
Menceritakan peluang Negeri Sembilan dalam final, Wan Jamak mahu anak buahnya fokus kepada kekuatan pasukan dan cubamengelak daripada melakukan kesilapan kecil di kawasan sendiri.
Bekas jurulatih Telekom Melaka itu dijangka membariskan Ching Hong Aik di jentera tengah sambil meletakkan Shahurain Abu Samah, biasanya beraksi di sayap kanan, sebagai penyerang utama di sisi Idris Karim.
Bagi Sathianathan, dia berbangga membawa pasukan Kijang ke final dalam tempoh 13 bulan.
Menggantikan Peter Butler di tengah-tengah kempen Piala Malaysia 2009, Sathianathan yang lama bertugas di Wisma FAM selaku penolong jurulatih kepada Hatem Souissi dan Allan Harris, percaya dia memiliki pasukan yang berpotensi muncul juara.
Tanpa khidmat Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam di benteng pertahanan, Sathianathan dijangka menaruh keyakinan kepada Farisham Ismail dan Rizal Fahmi Abdul Rosid untuk mengawal benteng di sisi Daudsu Jamaluddin di kanan dan Zairul Fitree Ishak di kiri. Kelebihan Kelantan ialah kualiti di bangku simpanan, dengan S. Chanturu pantas manakala Akmal Rizal Ahmad Rakhli masih tajam memburu jaringan.
Barisan kemungkinan:
Negeri Sembilan: Sani Anuar Kamsani, Aliff Samsudin atau Rahman Zabul, Shukor Adan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad, Rezal Zambery Yahya atau Qhairil Anwar Roslani, Ching Hong Aik, Abdul Halim Zainal, S. Kunanlan, Idris Karim, Shahurain Abu Samah.
Kelantan: Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaluddin, Farisham Ismail, Rizal Fahmi Abdul Rosid, Zairol Fitree Ishak, Shakir Shaari, Badhri Radzi, Norfarhan Muhammad, Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha, Hairuddin Omar.
FAM
Pelancaran Jersi Pasukan Bolasepak Kebangsaan

Pelancaran Jersi Pasukan Bolasepak Kebangsaan Pada 5 November 2010..
Hanya Maldives mampu penuhi pelawaan

Kesibukan dengan liga tempatan dan mempunyai perancangan lain menjadi punca banyak negara handalan terpaksa menolak pelawaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi perlawanan persahabatan dengan skuad bawah 23 tahun menjelang Sukan Asia XVI Guangzhou, bulan depan.
Pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Subahan Kamal berkata, hanya Maldives yang mampu memenuhi pelawaan tersebut sekalipun negara itu sudah kerap ditentang dalam persahabatan sejak beberapa tahun lalu, malah bukanlah negara yang menduduki rankingjauh lebih tinggi daripada Malaysia.
"Memang kita mahukan negara yang lebih handal dan hebat macam Thailand, Singapura atau Asia Barat tetapi mereka pula jawab tidak boleh datang. Masa atau jadual liga mereka tidak sama dan ada yang sudah rancangan lain," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Media dan Hubungan Luar FAM.
Terdahulu beliau mengetuai jawatankuasa itu mengadakan kunjungan hormat ke RTM yang disambut Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Yahaya selain turut dihadiri Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan dua Naib Presiden, Datuk Hamidin Amin dan Datuk Afandi Hamzah.
Subahan mengulas mengenai persediaan anak buah K. Rajagobal menjelang Sukan Asia dengan acara bola sepak bakal bermula lebih awal dari hari pembukaan temasya, 8 November apabila sekadar menentang dua pasukan Liga Perdana iaitu Angkatan Tentera Malaysia pada minggu lalu dan PKNS (semalam) selain Maldives di Stadium Petaling Jaya (5 petang Selasa ini).
Bagaimanapun katanya, FAM menerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mulai tahun depan akan bekerjasama dalam merancang persediaan pasukan kebangsaan yang lebih mantap dengan penekanan kepada mendapatkan negara handalan Asia dalam siri persahabatan.
Sumber: Utusan Online
Wednesday, October 27, 2010
Kumpulan Lengkap Piala AFF 2010

Kumpulan A
Thailand
Malaysia
Laos
Kumpulan B
Singapura
Myanmar
Philippines
Tuesday, October 26, 2010
Berita Terkini Skuad Kebangsaan (FRIENDLY MATCHES)update
Malaysia 3 vs ATM 2 (Wisma FAM)
2 hb November - Perlawanan Persahabatan - Malaysia vs Maldives [MBPJ;5PM]
5hb November - Jersi Baru Malaysia di pasaran....
2 hb November - Perlawanan Persahabatan - Malaysia vs Maldives [MBPJ;5PM]
5hb November - Jersi Baru Malaysia di pasaran....
Sunday, October 24, 2010
Final Piala Malaysia 2010 Ulangan 2009

KELANTAN 1
(Norshahrul Idlan Talaha m-78)
KEDAH 0
(Kelantan mara dengan agregat 1-0)
JOHOR FC 0
NEGERI SEMBILAN 2
(Shukor Adan m-38, Shahurain Abu Samah m-62)
(Negeri Sembilan mara dengan agregat 2-1
FINAL Piala Malaysia edisi 2010 mempertemukan semula Negeri Sembilan dan Kelantan apabila masing-masing melepasi halangan separuh akhir malam tadi.
Di depan penyokong sendiri yang memenuhi Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan mara ke final buat tahun kedua berturut-turut hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha yang melencongkan bola terus dari sepakan penjuru untuk memastikan pasukannya mara secara agregat 1-0, menewaskan Kedah.
Di Pasir Gudang pula, bermain di gelanggang lawan tidak menghalang juara bertahan Negeri Sembilan daripada mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Johor FC untuk mara 2-1 secara agregat.
Shukor Adan menanduk gol pertama pada minit ke-38 sebelum Shahurain Abu Samah menyempurnakan penalti pada minit ke-62 untuk menjamin tempat anak buah Wan Jamak Hassan ke final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Berita Terkini....
Sathia digantung serta-merta enam bulan!!!
Bekas pengendali kebangsaan itu digantung enam bulan ekoran komen yang dibuatnya di media massa beberapa minggu yang lalu.
Saturday, October 23, 2010
Keputusan Newspaper Cup 2010...
Vietnam Youth Newspaper Cup 2010 Match Day 1
U19 + u16 Malaysia 1 vs 1 U21 Singapore
7 pemain malaysia u16 masuk harimau muda B ke newspaper cup 2010.............
*Malaysia diwakili oleh Harimau Muda B (U19) - Skuad Piala Presiden SSBJ "A" dan Skuad Liga Premier Harimau Muda
Senarai usia:
*Malaysia diwakili oleh Harimau Muda B (U19) - Skuad Piala Presiden SSBJ "A" dan Skuad Liga Premier Harimau Muda
Senarai usia:
- Bawah 21 tahun - 3 pemain,
- Bawah 20 tahun - 2 pemain,
- Bawah 19 tahun - 4 pemain,
- Bawah 18 tahun - 4 pemain,
- Bawah 16 tahun - 7 pemain.
Senarai Nama SSBJ "B" (Malaysia U16) Yang Disenaraiikan Utk Harimau Muda B Bagi Tornamen Newspaper Cup di Hanoi 23-31 Oktober 2010
1. Muhammad Syazwan bin Tajuddin (Kedah - Pertahanan Tengah)
2. Muhammad Redzuan bin Abdunloh Pula (Kedah - Pertahanan Kiri)
3. Muhammad Hanif bin Mat Dzahir (Kedah - Midfield)
4. Osman bin Mohd Yusoff (Kedah - Pertahanan Kanan)
5. Mohd Azizan bin Nordin (Sabah - Midfield)
6. Nur Areff bin Kamaruddin (Pulau Pinang - Midfield)
7. Muhammad Nazmi Faiz bin Mansor (Selangor - Midfield)
1. Muhammad Syazwan bin Tajuddin (Kedah - Pertahanan Tengah)
2. Muhammad Redzuan bin Abdunloh Pula (Kedah - Pertahanan Kiri)
3. Muhammad Hanif bin Mat Dzahir (Kedah - Midfield)
4. Osman bin Mohd Yusoff (Kedah - Pertahanan Kanan)
5. Mohd Azizan bin Nordin (Sabah - Midfield)
6. Nur Areff bin Kamaruddin (Pulau Pinang - Midfield)
7. Muhammad Nazmi Faiz bin Mansor (Selangor - Midfield)
Friday, October 22, 2010
Thursday, October 21, 2010
Keputusan separuh akhir pertama Piala Malaysia

Kedah 0
Kelantan 0
Negeri Sembilan 0
Johor FC 1
(Ezaidy Khadar m-89)
Si Rusa kena sengat sang lebah. Begitulah kesudahannya apabila Johor FC membuat kejutan dengan melakarkan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara bertahan Negeri Sembilan di Seremban pada separuh akhir pertama Piala Malaysia malam tadi manakala Kedah diikat Kelantan tanpa jaringan di Alor Star.
Jaringan Ezaidy Khadar pada minit ke-89 memberi Johor FC kemenangan yang cukup berharga sebagai bekalan untuk dibawa ke Pasir Gudang.
Lambungannya dari penjuru kanan luar petak penalti bergolek ke gawang Negeri Sembilan sesudah Sani Anuar Kamsani meluru meninggalkan golnya, satu kesilapan besar yang mengecewakan anak buah Wan Jamak Hassan, sedangkan juara bertahan itu yang menguasai permainan.
Di Alor Star, Kedah gagal memanfaatkan kelebihan di tempat sendiri apabila diikat naib juara tahun lalu, Kelantan.
Separuh akhir kedua diadakan Sabtu ini. Final pada 30 Oktober di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Wednesday, October 20, 2010
Keputusan Undian bola sepak Kelayakan Olimpik London 2012
Perlawanan ini akan berlansung pada
First leg: February 23, 2011
Second leg: March 9, 2011
Undian
Malaysia vs Pakistan
Thailand vs Palestine
Jordan vs Chinese Taipei
Yemen vs Singapore
Kuwait vs Bangladesh
UAE vs Sri Lanka
India vs Myanmar
Oman vs Tajikistan
Indonesia vs Turkmenistan
Iran vs Kyrgyzstan
Hong Kong vs Maldives
Jadual Perlawanan
First leg: February 23, 2011
Second leg: March 9, 2011
First leg: February 23, 2011
Second leg: March 9, 2011
Undian
Malaysia vs Pakistan
Thailand vs Palestine
Jordan vs Chinese Taipei
Yemen vs Singapore
Kuwait vs Bangladesh
UAE vs Sri Lanka
India vs Myanmar
Oman vs Tajikistan
Indonesia vs Turkmenistan
Iran vs Kyrgyzstan
Hong Kong vs Maldives
Jadual Perlawanan
First leg: February 23, 2011
Second leg: March 9, 2011
Monday, October 18, 2010
ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN FAM / 100 PLUS 2010

SENARAI PENCALONAN
Calon Penjaga Gol Terbaik
1. Mohd Sharbinee Allawee (Terengganu)
2. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
3. Sani Anuar Kamsani (N. Sembilan)
4. Hamsani Ahmad (Selangor)
5. Syamsuri Mustaffa (T-Team)
Calon Pertahanan Terbaik1. Nasriq Baharom (Selangor)
2. Md Aidil Zafuan Abdul Razak (N. Sembilan)
3. Azizi Mat Rose (Kelantan)
4. Marzuki Yusof (Terengganu)
5. Reithaudeen Emran (Sabah)
Calon Tengah Terbaik1. Safiq Rahim (Selangor)
2. Amri Yahyah (Selangor)
3. Amirulhadi Zainal (Selangor)
4. S. Kunalan (N. Sembilan)
5. Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Calon Penyerang Terbaik1. Norsharul Idlan Talaha (Kelantan)
2. Ashaari Shamsuddin (Terengganu)
3. Mohd Safee Sali (Selangor)
4. Azlan Ismail (Kedah)
5. Mohd Zamri Hassan (PKNS)
Calon Pemain Muda Terbaik1. Mohd Faizal Abu Bakar (Kedah striker - 20 tahun)
2. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan goalkeeper - 21 tahun)
Calon Jurulatih Terbaik1. K. Devan (Selangor)
2. B. Sathianathan (Kelantan)
3. Gary Phillip (Sabah)
4. E. Elavarsan (Felda United)
5. Ahmad Yusof (Kedah).
Sunday, October 17, 2010
LATIHAN DAN PEMILIHAN PASUKAN KEBANGSAAN
Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan ini telah mengatur jadual latihan bagi Pasukan Kebangsaan sebagai persiapan untuk Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China pada 07hb November 2010 hingga 25hb November 2010 dan Kejohanan Piala AFF pada 1hb Disember 2010 hingga 29hb Disember 2010 yang akan datang.
Bagi memenuhi maksud yang tersebut di atas, Pasukan Kebangsaan akan mengadakan latihan dan pemilihan bertempat di Wisma FAM, Jalan SS5A/9, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Berikut adalah jadual bagi Pasukan Kebangsaan:-
Bil. | Perkara | Tarikh | Tempat |
1 | 18.10.2010 - 04.11.2010 | Wisma FAM | |
2 | Sukan Asia 2010 | 05.11.2010 – 25.11.2010 | Guangzhou, China |
3 | 26.11.2010 – 28.11.2010 | Wisma FAM | |
4 | Kejohanan Piala AFF | 29.11.2010 – 29.12.2010 | Jakarta, Indonesia |
Sehubungan dengan itu, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia telah memilih pemain-pemain yang tersebut di bawah untuk menjalani latihan dan pemilihan Pasukan Kebangsaan. Pemain-pemain ini dikehendaki melaporkan diri pada hari Isnin, 18hb Oktober 2010 kepada Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan, Encik K.Rajagobal di Wisma FAM, Jalan SS5A/9, Kelana Jaya Selangor pada jam 3.00 petang.
Bil. | Nama Pemain | Kelab/Negeri | Catatan |
1 | Amar Rohidan | Perlis | |
2 | Ahmad Fakri Saarani | Perlis | |
3 | Mohd Farizal Marlias | Perlis | |
4 | Baddrol Bakhtiar | Kedah | |
5 | Khyril Muhymeen Zambri | Kedah | |
6 | Mohamad Azmi Muslim | Kedah | |
7 | Mohamad Faizal Abu Bakar | Kedah | |
8 | Mohd Sabre Mat Abu | Kedah | |
9 | Mohd Amirulhadi Zainal | Selangor | |
10 | Mohd Asraruddin Putra | Selangor | |
11 | Mohd Nasriq Baharom | Selangor | |
12 | Mohd Safee Mohd Sali | Selangor | |
13 | Safiq Rahim | Selangor | |
14 | Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak | Negeri Sembilan | |
15 | Kunalan Subramaniam | Negeri Sembilan | |
16 | Mohamad Ashaari Samsudin | Terengganu | |
17 | Mohd Sharbinee Allawee | Terengganu | |
18 | Chanturu Suppiah | Kelantan | |
19 | Norshahrul Idlan Talaha | Kelantan | |
20 | Khairul Fahmi Che Mat | Kelantan | |
21 | Gary Steven Robbat | Harimau Muda | |
22 | Gurusamy Govandar Kandasamy | Harimau Muda | |
23 | Izzaq Faris Ramlan | Harimau Muda | |
24 | Mahalli Jasuli | Harimau Muda | |
25 | Mohammad Muslim Ahmad | Harimau Muda | |
26 | Mohd Fadhli Mohd Shas | Harimau Muda | |
27 | Mohd Faizal Muhamad | Harimau Muda | |
28 | Mohamad Fandi Othman | Harimau Muda | |
29 | Mohamad Zamir Selamat | Harimau Muda | |
30 | Norhafiz Zamani Misbah | Kuala Lumpur, PLUS FC |
Pemain-pemain yang terlibat dengan perlawanan Separuh Akhir TM Piala Malaysia 2010 dikehendaki melaporkan diri kepada Ketua Jurulatih, Encik Rajagobal di Wisma FAM pada hari Ahad, 24hb Oktober 2010 jam 3.00 petang.
Manakala, pemain-pemain yang layak ke Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2010 dikehendaki melaporkan diri kepada Ketua Jurulatih, Encik Rajagobal di Wisma FAM pada hari Ahad, 31hb Oktober 2010 jam 3.00 petang.
sumber: FAM
Keputusan suku akhir kedua Piala Malaysia
Negeri Sembilan 3-1 Perlis
(Negeri Sembilan layak ke separuh akhir dengan agregat 4-1)
Pahang 2-1 Johor FC
(Johor FC layak ke separuh akhir melalui peraturan kelebihan gol di tempat lawan)
Kedah 3-0 Terengganu
(Kedah layak ke separuh akhir dengan agregat 5-2)
Separuh Akhir
Kedah vs Kelantan
Johor FC vs Negeri Sembilan
Separuh Akhir
Kedah vs Kelantan
Johor FC vs Negeri Sembilan
Saturday, October 16, 2010
Newspaper Cup 2010
Satu kejohanan tempatan di Vietnam dari 23 hingga 31 Oktober ini akan menjadi ujian pertama kepada jurulatih Harimau Muda B, Ismail Ibrahim di peringkat antarabangsa.
Bekas pemain Selangor dan kebangsaan itu meletakkan sasaran sekurang-kurangnya layak ke peringkat separuh akhir selepas diletakkan sekumpulan dengan pasukan Bawah 19 Vietnam dan Bawah 21 Singapura dalam kumpulan B.
Membariskan sebahagian besar pemain asal Harimau Muda B, Ismail mengakui kejohanan itu akan menjadi medan terbaik dalam mencari kesebelasan utama mengharungi cabaran Liga Perdana musim hadapan.
''Kami amat mengetahui kedudukan setiap pencabar dalam kumpulan ini dan saya yakin sasaran ke separuh akhir tidak mustahil boleh dicapai.
''Selain 19 pemain Harimau Muda B, saya juga membawa enam pemain Bawah 16 tahun yang sebelum ini sudah banyak mendapat pendedahan.
''Pada mulanya, saya ingin membawa beberapa pemain Bawah 17 tahun tetapi jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terlalu dekat menghalang saya menyenaraikan mereka,'' katanya di sini, semalam.
Friday, October 15, 2010
Kijang 3-0 Red Giants (update)
Kelantan 3
(13' Farhan/ 26' Akmal/ 81' Piya)
agregat kelantan 3 selangor 0
vs
Selangor 0
NAIB juara musim lalu, Kelantan, mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2010 dengan penuh gaya sesudah mengetepikan Selangor 3-0 untuk memastikan kemaraan dengan agregat 3-0 di Kota Bharu malam tadi.
Norfarhan Mohammad membuka tirai jaringan menerusi rembatan kaki kiri pada minit ke-12, menyulitkan tugas Selangor.
Bekas penyerang Kedah dan Selangor, Akmal Rizal Rakhli, menambah jaringan pada minit ke-23 hasil tandukan cantik daripada hantaran lintang Indra Putra Mahayuddin.
Meskipun ketinggalan, Selangor yang juga juara Liga Super, melakukan beberapa percubaan bahaya tetapi gagal menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Pada minit ke-78, hantaran Akmal dari penjuru kiri meloloskan Badri Radzi yang menewaskan Hamsani Ahmad lantas menempah tiket buat Kelantan ke separuh akhir bertemu sama ada Terengganu atau Kedah.
Subscribe to:
Posts (Atom)