Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, October 15, 2010

Kijang 3-0 Red Giants (update)



Kelantan 3 


(13' Farhan/ 26' Akmal/ 81' Piya) 
agregat kelantan 3 selangor 0


vs 


Selangor 0



NAIB juara musim lalu, Kelantan, mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2010 dengan penuh gaya sesudah mengetepikan Selangor 3-0 untuk memastikan kemaraan dengan agregat 3-0 di Kota Bharu malam tadi.

Norfarhan Mohammad membuka tirai jaringan menerusi rembatan kaki kiri pada minit ke-12, menyulitkan tugas Selangor.

Bekas penyerang Kedah dan Selangor, Akmal Rizal Rakhli, menambah jaringan pada minit ke-23 hasil tandukan cantik daripada hantaran lintang Indra Putra Mahayuddin.

Meskipun ketinggalan, Selangor yang juga juara Liga Super, melakukan beberapa percubaan bahaya tetapi gagal menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Pada minit ke-78, hantaran Akmal dari penjuru kiri meloloskan Badri Radzi yang menewaskan Hamsani Ahmad lantas menempah tiket buat Kelantan ke separuh akhir bertemu sama ada Terengganu atau Kedah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails