Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, October 29, 2010

Hanya Maldives mampu penuhi pelawaan




Kesibukan dengan liga tempatan dan mempunyai perancangan lain menjadi punca banyak negara handalan terpaksa menolak pelawaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi perlawanan persahabatan dengan skuad bawah 23 tahun menjelang Sukan Asia XVI Guangzhou, bulan depan.


Pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Subahan Kamal berkata, hanya Maldives yang mampu memenuhi pelawaan tersebut sekalipun negara itu sudah kerap ditentang dalam persahabatan sejak beberapa tahun lalu, malah bukanlah negara yang menduduki rankingjauh lebih tinggi daripada Malaysia.

"Memang kita mahukan negara yang lebih handal dan hebat macam Thailand, Singapura atau Asia Barat tetapi mereka pula jawab tidak boleh datang. Masa atau jadual liga mereka tidak sama dan ada yang sudah rancangan lain," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Media dan Hubungan Luar FAM.

Terdahulu beliau mengetuai jawatankuasa itu mengadakan kunjungan hormat ke RTM yang disambut Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Yahaya selain turut dihadiri Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan dua Naib Presiden, Datuk Hamidin Amin dan Datuk Afandi Hamzah.

Subahan mengulas mengenai persediaan anak buah K. Rajagobal menjelang Sukan Asia dengan acara bola sepak bakal bermula lebih awal dari hari pembukaan temasya, 8 November apabila sekadar menentang dua pasukan Liga Perdana iaitu Angkatan Tentera Malaysia pada minggu lalu dan PKNS (semalam) selain Maldives di Stadium Petaling Jaya (5 petang Selasa ini).

Bagaimanapun katanya, FAM menerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mulai tahun depan akan bekerjasama dalam merancang persediaan pasukan kebangsaan yang lebih mantap dengan penekanan kepada mendapatkan negara handalan Asia dalam siri persahabatan.

Sumber: Utusan Online

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails