Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, December 23, 2010

BELI TIKET AWAL


FAM ramal tiket final laris


Sebanyak 70,000 tiket perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit jalil, Ahad ini, dijangka laris apabila ia mula dijual hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S.Sivasundram yakin, tiket untuk penyokong Malaysia akan habis dijual.


Menurutnya, ini berdasarkan aksi separuh akhir menentang Vietnam di sini, minggu lalu, yang menyaksikan sebanyak 50,000 tiket habis dijual.


“Penyokong Malaysia yang mahu membeli tiket, tidak perlu menunjukkan kad pengenalan.


“Ini kerana Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur juga membuka kaunter jualan tiket untuk penyokong mereka di pejabat Kedutaan republik itu di di Jalan Tun Razak, juga bermula hari ini.


“Tidak perlu kad pengenalan kerana sudah tentu rakyat Indonesia tidak akan hadir ke kaunter Stadium Nasional, apabila kedutaan mereka sendiri membuat jualan di kedutaan mereka,” jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Mengenai had pembelian tiket, beliau berkata, FAM juga tidak mengehadkan pembelian tiket kepada setiap individu.
“Setiap individu boleh membeli seberapa banyak tiket perlawanan kerana FAM tidak melakukan sekatan jumlah pembelian,” katanya.


Tidak perlu menunjukkan kad pengenalan dan tiada had pembelian tiket, mungkin mengundang beberapa masalah.
Antaranya, kemungkinan penyokong Indonesia turut membeli tiket yang dikhaskan untuk penyokong Malaysia.


Juga dibimbangkan tiada had pembelian tiket akan mewujudkan individu yang mungkin mengambil kesempatan dengan menjual semula tiket perlawanan pada harga yang lebih tinggi.


utusan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails