Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Monday, November 22, 2010

Ilmu Slovakia bekal Kelayakan Olimpik


Sebahagian daripada pemain skuad Harimau Muda A yang tiba dari Slovakia di KLIA, Sepang, semalam.

Skuad Bawah 21 negara, Harimau Muda A kembali ke tanah air semalam selepas menjalani siri perlawanan bola sepak persahabatan di Slovakia dengan mulai menghalakan sasaran baru iaitu Liga Super 2011 dan Kelayakan Olimpik mulai Januari dan Februari ini.
 
Pengalaman dan pendedahan dalam 12 aksi persahabatan dengan pasukan Liga 1 Slovakia dan menentang kelab Austria dan Hungary sejak September lalu, kian meyakinkan mereka untuk menyerlah dalam kedua-dua misi besar tersebut.

Kata jurulatih Ong Kim Swee: "Kami menang empat kali dan seri empat kali dengan pasukan liga itu selain kalah selebihnya di samping menewaskan kelab French Barros Budapest Hungary sebelum kalah kepada Saint Polton Austria dalam dua lagi persahabatan,".

Menurutnya, antara persembahan terbaik pasukannya ialah ketika Moldova yang berkesudahan seri 1-1, dengan pasukan lawan yang kemudiannya muncul naib juara Liga 1 Slovakia dan satu lagi ketika dikalahkan Trenchen pada saat akhir permainan setelah mendahului 1-0.

"Ia masih pencapaian yang memberangsangkan walaupun kami tidak terlalu mementingkan keputusan apatah lagi ketika kami perlu melepaskan sehingga lapan pemain asal bagi menghadapi Sukan Asia," katanya setibanya di (KLIA) semalam.

Kata Kim Swee, pasukan bakal berehat sebelum berkumpul semula 1 Disember ini, sebagai persediaan Liga Super juga memberikan perhatian aksi menentang Pakistan pada pusingan pertama Kelayakan Olimpik, 23 Februari dan 9 Mac 2011.

"Kami tidak memandang rendah kemampuan Pakistan dan saya mendapati mereka mungkin menyenaraikan 15 pemain daripada skuad Sukan Asia, baru-baru ini bagi Kelayakan Olimpik nanti," katanya.

Penyertaan semula dalam Liga 1 Slovakia bagaimanapun katanya, masih bergantung kepada pencapaian pasukan remaja itu dalam Liga M 2011, selain sejauh mana kemaraan dalam Kelayakan Olimpik 2012.

Beberapa pemain skuad Bawah 23 bimbingan K. Rajagobal yang akan menghadapi Piala Suzuki AFF, bulan depan seperti Khairul Fahmi Che Mat, Faizal Abu Bakar dan Shukur Jusoh mampu diserapkan semula ke Harimau Muda A menjelang Kelayakan Olimpik dan Liga M.

Sumber: Utusan Online

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails