Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, May 22, 2010

Plus FC yakin memberi saingan sengit kepada pasukan Selangor

Bekas penyerang Kebangsaan, Nizaruddin Yusof ketika menjalani sesi latihan bersama pasukan Plus FC di Kelana Jaya 7 Mei 2010.

"Kami mampu imbangi pasukan Selangor." Demikian luahan Plus FC apabila kedua-dua pasukan dijadualkan akan bertemu di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Persiapan tuan rumah terjejas apabila pemain tengah skuad Merah Kuning, Mohd. Hardi Jaafar digantung enam perlawanan manakala penyerang utama mereka, Mohd Safee Sali dan tonggak pertahanan, Razman Roslan masing-masing digantung empat perlawanan.

Selangor juga akan mengharungi enam perlawanan tanpa jurulatih, K. Devan yang turut digantung, semuanya gara-gara insiden tegang pada perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Negeri Sembilan, 3 April lalu. Kesemua hukuman itu berkuat-kuasa dengan serta merta.

Bagaimanapun Plus FC menyedari tugas mereka tidak berdepan dengan tugas mudah memandang Selangor mempunyai ramai pemain yang mampu mengisi tempat pemain-pemain yang digantung.

"Itulah kelebihan Selangor. Mereka mempunyai ramai pemain yang setaraf dengan kesebelasan utama di bangku simpanan.

"Jadi itu mereka tidak akan terjejas. Lagipun mereka mempunyai rekod yang baik di tempat sendiri dan pasti mahu mengekalkannya," kata jurulatih Plus FC, Mat Zan Mat Aris.

Beliau turut melahirkan keyakinan pasukannya mampu melakar kejutan berbekalkan prestasi semasa anak-anak buahnya.

"Saya menjangkakan pertarungan sengit malam esok. Namun kalau berdasarkan kepada keputusan empat perlawanan lepas, kami mempunyai keyakinan untuk menang.

"Saya rasa momentum kemenangan dapat diteruskan. Persembahan pemain juga semakin bersemangat, corak serta pergerakan permainan juga semakin mantap," jelasnya lagi.

Sementara itu, bekas penyerang kebangsaan, Nizaruddin Yusuf turut dilihat turun mengikuti latihan bersama rakan sepasukan selepas tersisih akibat kecederaan dalam beberapa perlawanan terakhir.

Bagi menghadapi permainan serangan berbisa Gergasi Merah Kuning, Mat Zan tidak bercadang untuk meletakkan kapten pasukan, Norhafiz Zamani Misbah di bahagian pertahanan. Beliau setakat iniberpuas hati dengan percaturannya yang meletakkan Zamani sebagai pemain tengah.

"Saya akan kekalkan formasi seperti sebelum ini kerana ada hasilnya. Kami akan turun dengan corak seperti empat perlawanan lepas di mana kami dapat memungut 10 mata daripada empat perlawanan," katanya lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails