Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, May 22, 2010

Keputusan Liga Super dan Perdana 21 Mei

Dalam satu-satunya perlawanan Liga Super malam tadi, Kedah mencatat kemenangan di tempat lawan, dengan Khyril Muhymeen Zambri menyumbat gol kemenangan yang menewaskan Johor FC 2-1 di Pasir Gudang.

Biarpun menguasai permainan, Johor FC gagal menterjemahkan penguasaan mereka kepada gol, membuka laluan kepada pelawat untuk meraih tiga mata.

Johor FC menghadiahkan gol pertama kepada Kedah apabila berlaku kekeliruan di antara penjaga gol G. Jeevanathan dan bek tengah Hamzani Omar yang tertampan ke gawang sendiri seawal minit kelapan.

Dalam satu serangan kilat, umpanan Azmi Muslim membebaskan Khyril yang menewaskan perangkap ofsaid untuk meledakkan jaringan kemenangan berharga buat Sang Kenari. Jaringan Azuwad Arif pada penghujung permainan tidak cukup mengubat duka pasukan tuan rumah.

Dalam Liga Perdana, Felda United kekal di tangga teratas biarpun diikat 1-1 oleh Pos Malaysia, manakala PKNS merapatkan kedudukan menerusi kemenangan besar 5-1 ke atas Melaka.

Angkatan Tentera Malaysia pula diikat tanpa jaringan oleh Sarawak manakala Polis Diraja Malaysia mencatat kemenangan di tempat lawan apabila menumpaskan Shahzan Muda 4-1.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails