Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Sunday, April 4, 2010

Keputusan separuh akhir kedua Piala FA


Separuh akhir kedua Piala FA, 3 April


Kedah 2

(Khairul Helmi Johari m-5, Shafiq Jamal m-24)

Terengganu 1

(Wan Aliff Jasmi m-42)

(Kedah mara ke final dengan agregat 4-1)

Negeri Sembilan 0


Selangor 1

(Aliff Shamsuddin (gol sendiri) m-57)

(Negeri mara ke final dengan agregat 2-2, berasaskan jaringan di tempat lawan)


yg mampu aku hasilkan...
Attachments
h.jpg
Anak didik Wan Jamak tewas di Paroi tetapi layak kerana gol tempat lawan

NEGERI Sembilan dan Kedah menempah pertemuan final saingan Piala FA 1o april ini apabila masing-masing muncul pemenang di akhir saingan separuh akhir kedua, malam tadi.

FINAL edisi Piala FA yang ke-21 bakal ditentukan oleh juara tiga kali, Kedah dan Negeri Sembilan selepas masing-masing melepasi halangan separuh akhir menerusi cara berbeza malam tadi.

Kedah melangkah ke final dengan bergaya selepas menundukkan Terengganu 2-1 untuk mencatat agregat 4-1 bagi membuat perhitungan dengan Negeri Sembilan yang mara ke final biarpun tewas 1-0 kepada Selangor di Seremban.

Selesa dengan kelebihan dua gol berlandaskan kemenangan 2-0 di Kuala Terengganu Selasa lalu, Kedah meletakkan pelawat dalam keadaan tertekan sesudah Khairul Helmi Johari memguis masuk seawal minit ke-5 sebelum Shafiq Jamal melebarkan kedudukan pada minit ke-24.

Jaringan Wan Aliff Jasmi pada minit ke-42 tidak mampu mengubah keadaan, sebaliknya Ahmad Yusof meraikan musim sulungnya di Alor Star dengan membawa Sang Kenari kek final Piala FA.

Di Seremban, jaringan sendiri Aliff Shamsuddin yang tertanduk ke gawang sendiri hasil sepakan percuma Hardi Jaafar, memberi Selangor kemenangan 1-0 tetapi ia tidak memadai untuk menafikan anak buah Wan Jamak Hassan tempat ke final.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails