Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Sunday, April 4, 2010

Skuad negara ke Singapura

SKUAD kebangsaan menemui pengganti bagi perlawanan persahabatan yang dibatalkan Sabtu lalu apabila pasukan bawah 23 Singapura bersetuju untuk menerima kehadiran barisan K Rajagobal, esok.

Pembatalan aksi persahabatan menentang kelab Thailand, BEC Tero Sasana di Bangkok minggu lalu akibat kebimbangan keselamatan, menyaksikan skuad negara sepi tanpa sebarang aksi persediaan menjelang dua tugasan besar penghujung tahun ini - Sukan Asia dan Piala AFF.
Malaysia sebelum ini dijadualkan bertemu Singapura pada hari ini tetapi membatalkan temujanji itu kerana tarikhnya rapat dengan separuh akhir kedua Piala FA yang berlangsung semalam. Dengan perlawanan ini dianjakkan sehari, skuad kebangsaan akan berkumpul hari ini sebelum bertolak ke Singapura pada hari perlawanan.

sumber: bharian

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails