Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, April 1, 2010

3 Pemain untuk Pemilihan Skuad Kebangsaan

3 Pemain Harimau Muda B - Haziq Zikri, Mohd Irfan dan Wan Zaharulnizam berjaya menambat perhatian ketua jurulatih kebangsaan K. Rajagobal untuk latihan dan pemilihan Skuad Kebangsaan sebagai persiapan untuk Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China pada 12 Nov. 2010.

K. Rajagobal turut menyenaraikan 3 pemain dari KL Plus untuk pemilihan tersebut, mereka ialah Azrul Azmi, Mohd Abdul Aziz Ismail dan Mohd Nazrin.

Sementara nasib rakan mereka , Mohd Fandi Othman yang beraksi dengan Harimau Muda A agak berbeza apabila terpaksa dihantar pulang kerana mengalami kecederaan ACL pada lututnya. Jurulatih Azraai Khor berkemungkinan besar akan mencari calon dari Skuad Harimau Muda B untuk mengisi kekosongan tersebut.


Mohd Fendi terpaksa berehat panjang musim
ini apabila mengalami kecederaan lutut.

sumber: harimaumuda.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails