Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, April 1, 2010

MSN, Everton kaji program pembangunan

Majlis Sukan Negara (MSN) dan Akademi Bola Sepak Everton masih lagi mengkaji bentuk program pembangunan yang akan diadakan di Malaysia.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, sebarang bentuk program yang akan dilaksanakan nanti bergantung kepada keputusan kajian kedua-dua pihak tersebut.

"Sekarang ini masih belum ada keputusan rasmi tetapi perbelanjaan telah dikeluarkan untuk tempoh kajian bersama tersebut," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara di sini, semalam.

Jelasnya, sebarang keputusan perlulah selari dengan bentuk program tersebut yang diadakan secara menyeluruh di dalam negara.

"Bulan lepas Pengerusi sementara Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara, Datuk Razali Ibrahim telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kelab tersebut.

"Program yang bakal diadakan nanti mempunyai kaitan dengan hala tuju pasukan Harimau Muda yang sekarang ini sedang berada di Slovakia, ujarnya.

Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara dipengerusikan sementara oleh Razali yang turut disertai wakili dari Kementeria Pelajaran dan Kementeria Pengajian Tinggi.

"Buat masa sekarang masih belum ada keputusan siapa yang bakal menjadi pengerusi tetap Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara dan ia tidak semestinya dari tokoh korporat sahaja.

"Oleh sebab kita tidak mahu program ini tidak berjalan jadi pengerusi sementara perlu untuk menjalankan tugas ini sebaik mungkin," katanya.


sumber : utusan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails