Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, March 11, 2010

Selangor Gah..Kelantan waspada



Perlawanan Kelantan menentang Selangor malam ini menjanjikan aksi terbaik kedua-dua pasukan dengan Selangor gah dengan rekod terbaik dalam liga super dan sudah menghasilkan 23 gol untuk musim ini manakala Kelantan hanya mampu menjaringkan 11 gol dan rekod ini mungkin menjadi sandaran perlawanan malam ini.

Selangor ternyata mempunyai ramai pemain-pemain terbaik seperti Amri Yahyah,Amirulhadi,Safee Sali,Hardi Jaafar,P.Gunalan serta ramai lagi pemain yang boleh mengegarkan gol Kelantan jumaat ini.

Kelantan perlu berwaspada terhadap pemain-pemain ini kerana mampu memberi malapetaka buat Kelantan dalam usaha membenam keegoaan Selangor di Kota bharu.

Amri Yahyah sudah membuktikan beliau seorang pemusnah kerana pernah menjadi penghalang Kelantan untuk merangkul Piala Fa musim lepas dengan tandukan pemusnahnya membolehkan Selangor mengikat Kelantan dan seterusnya kecewa dengan kekalahan menrusi sepakan penalti.

Secara umumnya Kelantan tidak punya kelebihan untuk menewaskan Selangor kerana Kelantan belum lagi mempunyai 'mesin pencetak gol' musim ini.Harapan terhadap Nor Shahrul nampak semakin malap ekoran beliau masih lagi dihantui oleh kecederaan lama manakala Nor Farhan dan Indra masih terkial-kial menghasilkan gol.

Kelantan pula ternyata tidak boleh bergantung harap kepada Hairuddin dan Akmal yang masih lagi belum menunjukkan persembahan yang seperti diharap-harapkan.

Pemain-pemain yang paling sibuk malam jumaat ini sudah pasti Azizi Matt Rose,Daudsu,Rizal serta Zairul Fitri yang pasti akan berkerja keras menahan asakan pemain-pemain Selangor.

Syed Adney mungkin diturunkan jika kecederaan beliau pulih tapi apa yang pasti Halim Napi atau Khairul Fahmi akan menjadi pelengkap kepada skuad Kelantan dengan aksi cemerlang yang ditunjukkan semasa bertemu pasukan T.Team sabtu lepas tapi jika mengambil faktor pengalaman Halim Napi mungkin mengisi slot penjaga gawang Kelantan.

Apa yang perlu dilakukan oleh pemain-pemain Kelantan adalah cuba 'membaca' permainan Selangor secepat mungkin kerana Selangor adalah sebuah pasukan yang penuh dengan taktikal dibawah kendalian K.Devan yang ternyata telah memerangkap banyak pasukan-pasukan dalam kempen liga super dan Piala FA.

Harapan sudah tentu diletakkan dibahu perancang utama Kelantan BAdri RAdzi yang dilihat semakin merosot permainannya,Kehadiran Shakir Shaari dilihat sedikit sebanyak dapat menyelamatkan jentera tengah Kelantan yang kian lesu serta tidak dapat menghasilkan input yang baik untuk barisan hadapan.

Pertembungan Selangor dan Kedah tempohari menzahirkan bahawa pemain-pemain Selangor berjaya memanipulasi pemain-pemain Kedah dan keputusannya Selangor berjaya membelasah Kedah 4-0.

Kita tidak mahu Kelantan mengalami nasib yang sama dan pemain-pemain Kelantan pasti ada yang melihat perlawanan Selangor dan Kedah tempohari dan sudah pasti mereka boleh membaca setiap gerak-geri atau taktikal pemain-pemain Selangor.

Penyokong-penyokong Kelantan tidak mahu lagi keputusan seri mahupun kalah.Oleh itu kesungguhan pemain-pemain dituntut kerana penyokong membayar tiket bukan untuk melihat persembahan sarkas tetapi permainan bolasepak menarik dari skuad The Red Warriors...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails