Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Wednesday, March 10, 2010

Meh sini!

TIDAK jelas dengan kedudukan Harimau Muda A yang bersaing dalam Liga Satu Slovakia ketika ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah mengarahkan Penolong Setiausaha Agung badan induk itu, Ahmad Fuad Daud menghadap hari ini.

BUKTI...laman web resmi kelab bola sepak MFK Ruzomberok mempamerkan jadual aksi persahabatan dengan Skuad Harimau Muda A dan keputusan perlawanan.
BUKTI...laman web resmi kelab bola sepak MFK Ruzomberok mempamerkan jadual aksi persahabatan dengan Skuad Harimau Muda A dan keputusan perlawanan.
Perjumpaan mengejut itu dibuat selepas Arena Metro semalam mendedahkan 14 perlawanan yang diharungi skuad bawah 21 tahun bimbingan jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah itu sekadar perlawanan persahabatan dan tidak menawarkan mata kepada pihak lawan.


Maklumat itu diperoleh daripada Pengurus Komersil kelab Slovakia MFK Ruzomberok, Michal Mertinyak yang turut mendakwa FAM membayar segala perbelanjaan kepada semua kelab Slovakia yang terbabit dalam perlawanan persahabatan itu.


Apa yang dinyatakan Mertinyak itu berbeza dengan apa yang dimaklumkan FAM sebelum Harimau Muda A berangkat ke Slovakia pertengahan bulan lalu bahawa skuad negara mengharungi perlawanan kompetitif dengan menyertai Liga Satu Slovakia apabila menggantikan kelab ZP Sport Podbrezova yang menarik diri.


Menurut sumber, Ahmad Fuad dipanggil menghadap bagi mewakili Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang kini berada di Slovakia untuk menceritakan perkara sebenar kepada Tuanku.


“Saya difahamkan Presiden (Sultan Ahmad Shah) meminta Datuk Azzuddin datang menghadap untuk menjelaskan perkara sebenar berhubung status pasukan Harimau Muda A kepada baginda yang terkejut apabila mengetahui FAM kena bayar kepada pihak lawan untuk mengadakan 14 perlawanan di Slovakia.

“Malah Sultan juga tidak tahu perlawanan yang membabitkan Harimau Muda A tidak menawarkan mata kepada pihak lawan,” kata sumber itu.


Ahmad Fuad yang dihubungi mengesahkan beliau akan menghadap Sultan Ahmad Shah hari ini.


“Memang benar saya akan menghadap Tuanku untuk menjelaskan isu Harimau Muda A esok (hari ini),” jawabnya ringkas.


Sementara itu, Azzuddin sekadar memberitahu: “Saya sibuk” dan terus mematikan telefon bimbit ketika diminta mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.

Sebelum itu, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), beliau tidak menjawab dakwaan Mertinyak itu, sebaliknya hanya menganggap program mereka untuk mendapatkan perlawanan bagi Harimau Muda A berjaya.


“Tidak ada apa yang percuma dalam dunia ini, saya sudah maklumkan sebelum ini kami membayar yuran penyertaan sama seperti pasukan lain yang menyertai liga itu dan apa pihak penganjur liga itu mahu buat dengan duit itu, bukan urusan kami.


“Apa yang penting Harimau Muda A dapat bermain dengan pasukan Liga Satu Slovakia. Pasukan negara mendapat saingan kompetitif, pendedahan serta pengalaman yang mereka dapat tidak boleh dibeli. Tidak ada negara Eropah lain yang mahu pasukan dari negara menduduki ranking ke-146 dunia beraksi dalam liga mereka.

“Kita sepatutnya berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Slovakia. Beberapa kelab juga menawarkan tempat untuk pemain negara. FAM perlu melakukan sesuatu meningkatkan pasukan ini kerana Harimau Muda A akan mempertahankan emas di Sukan Sea 2011,” katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails