Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Monday, February 1, 2010

Skuad Azraai ke Slovakia

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk menghantar Harimau Muda A beraksi dalam Liga Divisyen Satu Bawah 21 Slovakia, mulai 27 Februari ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Ridzuan Sheikh Ahmad berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat Exco, yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah di sini, semalam.

Beliau berkata, Harimau Muda A bakal beraksi dengan tujuh pasukan lain di dalam liga tersebut.

Menurutnya, skuad Azraai Khor Abdullah itu akan bermain dalam 14 perlawanan.

‘‘Skuad Azraai juga akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan sepanjang berada di sana.

‘‘Ini bermakna, secara keseluruhan mereka akan beraksi di dalam 17 perlawanan.

‘‘Pemain akan bertolak ke Slovakia pada pertengahan Februari ini untuk menyesuaikan diri, sebelum menghadapi perlawanan pertama.

‘‘Mereka akan berada di Slovakia sehingga penghujung Mei ini.

‘‘Pendedahan di Slovakis amat baik kerana ketika ini Slovakia merupakan antara negara yang mempunyai kemudahan terbaik sukan bola sepak di Eropah,’’ katanya.

Menurut Ridzuan, cadangan skuad Harimau Muda A beraksi di Slovakia bermula selepas kegagalan pasukan itu mendapat tempat alam Liga Singapura, baru-baru ini.

‘‘Kami sengaja tidak mahu memberitahu cadangan ini kepada pengetahuan umum, kerana bimbangkan ia tidak menjadi kenyataan.

‘‘Sebenarnya, selain Slovakia kami turut mencari liga bola sepak di beberapa negara lain di sekitar Eropah,’’ katanya.

Tambahnya, pendedahan di Slovakia itu cukup penting dalam memastikan misi FAM mempertahankan pingat emas skuad bolasepak di Sukan SEA di Jakarta pada tahun 2011, dapat dicapai.

‘‘Selepas beraksi di Slovakia, skuad Harimau Muda A mungkin akan dikembalikan bermain dalam liga tempatan kita pada Februari tahun depan, ’’ katanya.

Keputusan FAM itu menjawab segala persoalan mengenai nasib Harimau Muda A yang ‘terbiar’, tanpa beraksi pada mana-mana kejohanan selepas FAM mengambil keputusan melucutkan penyertaan mereka dari Liga Super, musim ini.

Selepas hasrat menyertai Liga Singapura juga tidak kesampaian, FAM terpaksa mencari alternatif lain bagi memastikan skuad Harimau Muda A, yang terdiri daripada 25 pemain itu dapat terus dikumpulkan dalam satu pasukan.

Ridzuan menambah, pasukan Harimau Muda A juga akan menyertai kejohanan Piala Presiden Amerika Syarikat, atau sebagai Piala Obama di Michigan Mei ini.

‘‘Tiga negara lain yang turut menyertai kejohanan tersebut ialah Ghana, Kenya dan Puerto Rico.

‘‘FAM menyifatkan kejohanan itu sebagai peluang keemasan skuad Harimau Muda A untuk mendapatkan pendedahan antarabangsa,’’ ujarnya.

Selain itu, kata Redzuan, skuad bawah 23 tahun negara akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Thailand, bulan depan.

‘‘Perlawanan itu akan berlangsung pada 27 Mac ini. FAM juga sedang mengatur satu lagi perlawanan persahabatan pada 3 Mac depan, namun, belum pasti skuad mana yang akan kita hadapi.

‘‘Semua perlawanan ini merupakan persiapan skuad negara dalam menghadapi Sukan Asia di Guangzhou, November ini dan Piala AFF pada Disember,’’ katanya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails