Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, January 30, 2010

RTM siar 35 perlawanan Piala Dunia

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendapat hak siaran 35 perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010, yang akan berlangsung di Afrika Selatan selama sebulan bermula 11 Jun ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sebanyak 24 perlawanan akan disiarkan secara langsung dan 11 lagi siaran tertunda.

Menurutnya, RTM berjaya mendapatkan hak untuk menyiarkan perlawanan melibatkan beberapa pasukan terkenal termasuk Brazil, England, Portugal, Belanda, Jepun, Korea Selatan, Cameroon dan Denmark.

"Kami menjangkakan seramai 18 juta penonton akan mengikuti siaran Piala Dunia melalui RTM.

"Kebanyakan siaran perlawanan akan bermula selepas pukul 11 malam, maka ia tidak akan menjejaskan siaran rancangan-rancangan popular yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian siaran Piala Dunia 2010 antara RTM dengan Syarikat Esprit Media Sdn. Bhd. (Esprit) di Bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini semalam.

Esprit merupakan pemegang hak siaran televisyen terrestrial (bukan satelit) eksklusif Piala Dunia FIFA 2010, diwakili Pengarah Urusan Esprit Media

Pada majlis itu, RTM diwakili Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Kamaruddin Siaraf, manakala Esprit diwakili oleh pengarah urusannya, Datuk Ahmad Zaharul Annuar.

Rais berkata, penyiaran Piala Dunia bukan sahaja memenuhi permintaan peminat bola tempatan tetapi ia turut berperanan membudayakan amalan bersukan di kalangan rakyat.

"Selain perlawanan, kami juga akan menyiarkan rancangan Majalah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebanyak 17 episod," katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails