Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, January 29, 2010

Harimau Muda v USM F.A P.Pinang

Skuad Harimau dalam posisi terbaik untuk meneruskan momentum kemenangan apabila bertemu USM malam ini. 2 kali seri dan 2 kemenangan dalam pertemuan terakhir sebelum ini membuktikan HM mula menemui sentuhan walaupun tidak mempunyai venue perlawanan sendiri yang hanya menumpang stadium Hang Tuah di Melaka.

Dengan sokongan beberapa belas orang ahli keluarga pemain Harimau Muda, mereka mula menunjukkan kombinasi permainan yang terbaik. Cantuman antara hantaran pendek dan hantaran jauh yang dicorakkan melalui midfield nampak menghiburkan. Tidak hairanlah gerakan HM mendapat tepukan lebih 5 ribu peminat Sabah semasa mereka mengalahkan Sabah di Kota Kinabalu. Gerakan yang lebih menarik ditunjukkan semasa menentang Sarawak, malangnya aksi mereka tidak dipertontonkan walau seminit pun di saluran TV.

Pemain yang dibawa dari Kelab Stevenage FC, London, Haziq Zikri juga mulai menemui sentuhan. Beliau menjaringkan gol ketika bertemu Muar dan gol kemenangan ketika menentang Sarawak. Walaupun bersama skuad U18 dan Harimau Muda semenjak Jun 2009, namun beliau lebih banyak berada di bangku simpanan. Berkat kerja keras dan kesabaran, Haziq mula mempamerkan keupayaannya terutama Jurulatih Ong Kims Swee menukarnya daripada Midfield ke posisi serangan.

Menurut Ong Kim Swee "Saya melihat beliau menunjukkan kesungguhan untuk menjadi pemain yang baik. Sikapnya yang tekun dan serius ketika melakukan latihan membuahkan hasil. Sikap sebegini yang saya ingin pemain-pemain lain contohi. Dari segi permainan pula saya nampak beliau lebih sesuai berada di bahagian serangan, dan beliau membuktikan beliau mampu melakukan. Saya kini mempunyai lebih pilihan di samping Tamil Arasu, Wan Zack Haikal dan Saarvindran untuk posisi serangan".

Haziq Zikri semasa lawatan ke Slovakia bersama Harimau
Muda tahun 2009.

Sumber: harimaumuda.com


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails