Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Monday, February 1, 2010

Harimau Muda A ke Liga Slovakia


SEBAHAGIAN daripada pemain skuad B-21 yang akan beraksi dalam Liga Slovakia.





SKUAD bola sepak bawah 21 tahun (B-21) negara atau Harimau Muda A akan beraksi dalam Liga Slovakia.

Berita gembira itu diumumkan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad pada sidang media selepas mesyuarat Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan oleh presidennya, Sultan Ahmad Shah di Wisma FAM di Kelana Jaya semalam.

Skuad muda negara itu akan beraksi dalam Liga 1 Slovakia selama tiga bulan bermula 27 Februari ini.

"Persatuan Bola Sepak Slovakia (SFZ) sudah memberi persetujuan untuk menerima skuad Harimau Muda A ke dalam Liga Divisyen 1 Slovakia.

"Skuad ini akan bermain 14 perlawanan liga dan juga tiga perlawanan persahabatan dengan negara-negara jiran Slovakia. Maknanya, mereka akan beraksi dalam 17 perlawanan sepanjang Februari hingga Mei depan," kata Redzuan.

Selain beraksi dalam liga, skuad muda negara bimbingan Mohd. Azraai Khor Abdullah (gambar kecil) ini akan mengikuti beberapa program sepanjang tahun sebagai persiapan Malaysia untuk mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA 2011 di Indonesia.

"Pada Mei depan, skuad Harimau Muda A juga akan menyertai Piala Obama atas jemputan Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat (USSF) di Michigan yang disertai tiga lagi pasukan (Ghana, Kenya dan Puerto Rico). Untuk edisi 2011 pun USSF sudah mengundang pasukan kita.

"Mereka akan pulang berlatih di sini pada Jun dan selepas itu akan beraksi dalam satu perlawanan persahabatan di Indonesia pada Julai, berlatih di Pulau Pinang pada Ogos, aksi persahabatan di India pada September, beraksi pada Piala Newspaper di Vietnam pada Oktober, berlatih di sini pada November dan diikuti aksi persahabatan di Qatar pada Disember.

"Pada Januari 2011, skuad Harimau Muda A akan kembali beraksi dalam Liga Super sehinggalah mereka menyertai Sukan SEA. Persiapan ini adalah untuk memantapkan pasukan dalam usaha kita mempertahankan pingat emas Sukan SEA," jelas Redzuan.

Namun, berdasarkan laman web SFZ iaitu www.futbalsfz.sk, Liga 1 Slovakia merupakan liga divisyen dua negara itu di belakang liga utamanya, Liga Corgon Slovakia.

Liga 1 Slovakia 2009/10 sebenarnya sudah bermula pada 11 Julai lalu dan kini sedang berehat selama 12 minggu sejak 5 Disember lalu sempena musim sejuk sebelum bersambung semula pada 27 Februari depan, tarikh yang sama Harimau Muda A akan mula beraksi di sana.

Setiap pasukan dalam liga tersebut sudah pun beraksi 17 perlawanan dengan baki 16 perlawanan lagi akan berlangsung pada 27 Februari hingga 29 Mei.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails