Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, January 14, 2010

Sasaran Harimau Muda (B-19) ke Sukan Asia 2014

Ketua Jurulatih Harimau Muda (B-19) Ong Kim Swee di laporkan oleh The Star berkata skuad bimbingannya sedang di bentuk untuk menghadapi Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Selain dari kejohanan bola sepak (B-23) Sukan Asia skuad ini yang terdiri dari 13 pemain dari kumpulan umur bawah-18 tahun, juga layak bermain di tiga Sukan SEA bagi acara bola sepak iaitu pada 2011, 2013 dan 2015.

Skuad ini berjaya mengikat ATM 1-1 yang terdiri dari pemain berpengalaman dalam perlawanan sulong Liga Premier 2010. Terdapat sembilan pemain dari skuad 2009 yang menjuarai Liga Premier musim lalu yang masih kekal iaitu Tamil Arasu, Mohd Fadli Shaz, Gary Steven Robart, Fandi Othman, Wan Zack Haikal, Khairul Izuan Rosli, Faziq Zikri, D. Sarvindran dan Irfan Fazai.

Keseluruhan skuad ini terdiri dari 30 pemain — Bawah-19 (15 pemain), Bawah-18 (12) dan Bawah-17 (2). Skuad ini menjadikan Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil sebagai tempat penginapan dan tempat latihan mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails