Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Sunday, January 10, 2010

Selangor Juara Perlawanan Sumbangsih


PEMAIN-pemain Selangor meraikan kemenangan menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Paroi, semalam. Selangor menang 2-1.


Penyandang juara Liga Super, Selangor membuka tirai Liga Malaysia 2010 dengan bergaya apabila mengekalkan gelaran Piala Sultan Ahmad Shah dengan menundukkan juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam.

Kelebihan bermain di gelanggang sendiri gagal dimanfaatkan oleh skuad Rusa, biarpun terlebih dahulu mendahului saingan menerusi Idris Karim pada minit ke-27 selepas menyudahkan hantaran Rezal Zambry.

Pemain gantian, R. Surenderan muncul wira Selangor apabila menjaringkan gol kemenangan ketika permainan berbaki tujuh minit untuk ditamatkan.

Terdahulu, Mohd. Safee Sali menjaringkan gol penyamaan Selangor pada minit ke-76 selepas menolak hantaran D. Surenderan.

Ini merupakan kejuaraan Piala Sumbangsih kelapan buat skuad Merah Kuning sejak ia diperkenalkan kali pertama pada 1985, sekali gus menjadi pembuka tirai Liga Super 2010 paling sempurna.

Dalam perlawanan semalam, tuan rumah bermula garang dan beroleh peluang terbaik menerusi penyerang kebangsaan, Mohd. Aidil Zafuan Radzak, namun sepakan percuma yang diambil terkena palang pintu gol.

Kehadiran 30,000 penyokong menyemarakkan semangat pemain sekali gus menyaksikan rentak permainan kedua-dua pasukan bertambah rancak dan kasar sehingga memaksa pengadil melayangkan enam kad kuning.

Pada separuh masa pertama, tiga kad kuning dilayangkan kepada S. Kunalan, Rezal Zambry Yahya dan Shukor Adan bagi pasukan Negeri Sembilan, manakala bagi Selangor dua kad kuning dilayangkan kepada Shafiq Rahim dan Hardy Jaafar.

Sementara itu, penjaring gol pertama pasukan Selangor, Safee Sali turut dilayangkan kad kuning ekoran menghalang penjaga gol, Farizal Harun untuk membuat sepakan gol.

Asakan demi asakan dibuat, namun banyak peluang gagal disempurnakan barisan penyerang Negeri Sembilan hingga tiupan wisel terakhir.

Sementara itu jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan yang ditemui selepas perlawanan berkata, peluang yang terhidang pada babak separuh masa pertama tidak dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para pemain yang kurang berpengalaman merupakan punca kekalahan kami.

“Kita mempunyai peluang yang banyak tetapi gagal dimanfaatkan oleh pemain-pemain dan ini membuktikan pengalaman ternyata membezakan kita dengan Selangor.

“Pada masa kedua kelekaan bahagian pertahanan telah membuatkan Selangor berjaya menjaringkan gol,” katanya

Sementara itu Jurulatih skuad Selangor, K. Devan memberitahu, pasukannya dilihat bermain dengan lebih baik berbanding pada separuh masa pertama.

“Kita bermula dengan kurang baik kerana kegoyahan di bahagian tengah, namun pada babak kedua semua bertambah baik terutamanya pada baki 20 minit perlawanan sehingga berjaya menjaringkan dua gol,” jelasnya.

Pada perlawanan itu, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir turut berangkat bagi menyaksikan dan menyampaikan piala dan pingat kepada para pemain sambil diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu, naib juara Liga Super musim lalu, Perlis membuka tirai 2010 dengan langkah sumbang apabila kalah 0-1 kepada Johor FC di depan penyokong sendiri di Stadium Utama, Kangar.

Mohd. Riduwan Ma’on menjadi pemusnah pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan pada minit ke-61.

Di Stadium Darulmakmur, Pahang yang mengharungi aksi hambar musim lalu memulakan kempen dengan baik apabila menumpaskan Perak 2-1.

Bagaimanapun tuan rumah terlebih dulu dikejutkan oleh jaringan pembukaan pasukan pelawat menerusi Mohd. Nazril Mohd. Kamal yang menyempurnakan penalti pada minit ke-22 selepas Mohd. Fadzirul Zakaria dijatuhkan oleh Mohd. Khalis Ibrahim.

Mohd. Sharizat Mohd. Salleh mengetuai kebangkitan Pahang apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-31 menerusi sepakan percuma, sebelum Azammuddin Mohd. Akil mengesahkan kemenangan tuan rumah hasil rembatan kencang, minit ke-49.

Dalam satu lagi perlawanan, juara liga tiga kali, Kedah melancarkan amaran awal pada musim baru Liga Super selepas menumpaskan Johor 3-0 di Stadium Larkin.

Mohd. Azlan Ismail muncul wira Kedah apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-71, 80 dan 86 untuk meletakkan pasukannya sebagai pendahulu dalam perlawanan pembukaan musim baru.

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, KL Plus turut memulakan kempen musim baru cemerlang selepas menundukkan Pulau Pinang 3-1.

Begitupun, pasukan pelawat mengejutkan tuan rumah dengan jaringan awal Mohd. Failee Mohammad pada minit ketiga, sebelum KL Plus bangkit dengan tiga gol menerusi Mohd. Fadli Shaari (47), Mohd. Lot Abu Hassan (56) dan Mohd. Nazrin Nawi.

Dalam dua lagi perlawanan Liga Super, pertemuan Kelantan dan Terengganu sekadar berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, manakala Kuala Lumpur terikat 1-1 dengan T-Team di Stadium KLFA, Cheras.


SEJARAH - PIALA SULTAN AHMAD SHAH


ursday, December 31, 2009

SEJARAH - PIALA SULTAN AHMAD SHAH



CHARITY SHIELD (PIALA SUMBANGSIH) (PIALA SULTAN AHMAD SHAH)













TahunJohanLwnNaib-JohanVenue
1985Selangor2-1Pahang-
1986

Johor

1-1 (penalti 5-4)Singapore

-
1987


Selangor


1-0


Wilayah Persekutuan(Kuala Lumpur)-
1988

Kuala Lumpur2-1

Pahang

-
1989Singapore1-0Kuala Lumpur-
1990


Selangor


0-0 (penalti 3-0)Kuala Lumpur


-
1991

Kedah

2-1

Selangor

Stadium Darul Aman, Alor Star
1992 Pahang2-1JohorStadium Larkin, JB
1993

Pahang

5-0

Sarawak

Stadium Darul Makmur, Kuantan
1994

Kedah

2-0

Kuala Lumpur

Stadium Darul Aman, Alor Star
1995


Kuala Lumpur

3-2 (f/t 2-2, aet)

Pahang


Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

1996

Selangor

2-0

Sabah

Stadium Likas, Kota Kinabalu
1997

Selangor

2-0

Kedah

Stadium Shah Alam
1998

Sarawak

3-1

Selangor

Stadium Negeri, Kuching
1999

Perak

2-0

Johor

Stadium Perak, Ipoh
2000


Kuala Lumpur

2-1


Brunei


Stadium KLFA, Cheras, Kuala Lumpur
2001




Terengganu




4-0




Perak




Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
2002




Selangor




2-1




Terengganu




Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
2003


Pulau Pinang

1-0


Selangor


Stadium Negeri, Batu Kawan, Pulau Pinang
2004


Selangor MPPJ

4-2


Negeri Sembilan


Stadium MPPJ, Kelana Jaya

2005



Perak



2-2 (penalti 4-2)

Perlis



Stadium Utama, Kangar


2005/06



Perak



4-1



Sel

angor



Stadium Nasional Bukit Jalil , K. Lumpur
2006/07


Perlis


2-1


Pahang


Stadium Utama, Kangar

2007/08




Perlis




0-0 (penalti 5-4)


Kedah




Stadium Darul Aman, Alor Setar


2009Selangor4-1KedahStadium Darul Aman, Alor Setar
2010Selangor2-1Negeri SembilanStadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

*Piala Sumbangsih diiktiraf sebagai perlawanan liga mulai tahun 2002 kecuali tahun 2004.
*Selangor MPPJ menjadi pasukan kelab pertama memenanginya pada tahun 2004
*Kuala Lumpur adalah pasukan tunggal memenanginya dibawah dua nama. Pada tahun 1987 atas nama Wilayah Persekutuan. Pada tahun 1988 dibawah nama Kuala Lumpur.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails