Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Friday, January 22, 2010

KBS hanya tunggu 'lampu hijau' FAM sebelum bertindak


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) hanya menunggu 'lampu hijau' dari- pada FAM untuk mula mengatur gerak dalam program pembangunan bola sepak pada peringkat akar umbi.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, beberapa cadangan telah pun dikemukakan kepada FAM dan KBS kini menanti persetujuan daripada badan induk bola sepak negara itu sebelum program pembangunan tersebut dapat dikendalikan oleh satu jawatankuasa khas.

"Kita (KBS) telah pun menghantar beberapa cadangan kepada FAM tentang rangka program pembangunan bola sepak ini tetapi hanya FAM saja yang boleh beri kata putus- nya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pihak kerajaan telah bersetuju memberi peruntukan RM10 juta bagi tabung pembangunan bola sepak.

Menurut Shabery, program pembangunan tersebut akan dijalankan berteraskan dua matlamat utama iaitu dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

"Matlamat jangka masa pendeknya ialah kita mahu memenangi pingat emas Sukan SEA sekali lagi pada tahun depan.

"Sukan SEA 2011 hanya tinggal setahun saja lagi, jadi kita kena cari cara bagaimana untuk memenanginya lagi.

"Matlamat jangka masa panjang pula ialah kita mahu jadikan Malaysia sebagai kuasa besar bola sepak di rantau ini," kata Shabery.

Beliau menambah: "Kita kena rangka pelbagai program yang dirasa mampu menjadi inspirasi kepada melahirkan pemain muda yang berupaya mengharungi cabaran yang lebih besar pada masa hadapan.

"Dari segi pendedahan pula, tumpuan bukan hanya diberikan kepada pemain sahaja, malah turut diberikan kepada jurulatih-jurulatih kita.

"Ini penting kerana dalam bola sepak, bukan pemain saja yang membawa watak penting, tetapi orang di belakang mereka iaitu jurulatih juga perlu hebat dan berpengalaman," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Shabery yang baru pulang dari England turut menyarankan supaya setiap persatuan sukan di negara ini menubuh- kan akademi remaja masing-masing.

"Apa yang dapat saya pelajari dalam lawa- tan tersebut ialah kejayaan sesebuah kelab itu adalah bermula daripada program pembangu- nan mereka dalam akademi remaja masing- masing.

"Menerusi akademi inilah kita akan dapat melahirkan pemain atau atlet yang lebih berkualiti dan berwibawa, bukan saja dari segi fizikal dan mental, bahkan turut hebat dari segi personaliti.

"Jadi saya harap semua sukan di negara kita agar mewujudkan akademi remaja masing- masing dan jadikan ia seperti satu jenama dalam pelbagai bidang," jelasnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails