Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Sunday, January 17, 2010

Bola sepak Australia bergabung dengan Asean?



Persekutuan Bola sepak Australia (FFA - Football Federation Australia) semakin menghampiri impian mereka untuk bergabung dengan Persekutuan Bola sepak ASEAN (AFF - Asean Football Federation) apabila FFA menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk merapatkan hubungan bola sepak antara kedua-dua negara.

Dalam perjanjian lima tahun itu FFA akan membantu PSSI dalam pembangunan jurulatih, pemain, pengadil, bola sepak peringkat akar umbi dan bola sepak wanita dan menjadi tuan rumah kepada lawatan bagi latihan pemain, jurulatih serta pegawai Indonesia.

Bahagian utama dalam perjanjian itu akan melibatkan PSSI membantu FFA untuk bergabung sepenuhnya dalam bola sepak Asia Tenggara dan Persatuan Bola sepak Asean (AFF) dengan menyediakan kejohanan bagi pasukan Australia pada peringkat umur dan format.

FFA telah memohon untuk menjadi ahli AFF sejak setahun lalu, namun belum mendapat pengesahan apabila di percayai dua negara ahli iaitu Malaysia dan Indonesia tidak bersetuju. Dengan MOU ini FFA tampak telah berjaya mengambil sokongan PSSI . Berjayakah Australia menyertai AFF?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails