Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Saturday, January 16, 2010

Prasarana (Infrastruktur) Yang Sempurna Masih Tiada/Proper infrastructure still missing



Temu bual Lim Teong Kim bersama wartawan NST.


Lim Teong Kim adalah pemain bola sepak pertama Malaysia yang bermain di Eropah apabila dia mewakili kelab Jerman Hertha Berlin pada tahun 1987. Antara pemain yang memenangi pingat emas Sukan Sea 1989, Teong Kim yang berpengkalan di Jerman sedang bercuti di Malaysia. Beliau yang berusia 47 tahun berkongsi pandangan mengenai bola sepak Malaysia bersama wartawan Ajitpal Singh.

S: Apakah pandangan anda tentang cadangan Menteri Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk membentuk pasukan kebangsaan sepenuh masa?

J: Ianya tidak praktikal jika anda bercakap mengenai hal teknikaliti permainan. Ia tidak membawa makna untuk memisahkan pemain ke kelab-kelab berlainan di Eropah kerana cara permainan mereka akan berbeza apabila mereka bermain sebagai satu pasukan. Ia akan menjadi satu halangan besar untuk jurulatih dan pemain. Setiap negara Eropah mempunyai jenama bola sepak mereka sendiri.

Kerajaan tidak sepatutnya membelanjakan jutaan ringgit kepada ini. Ia membazirkan wang pembayar cukai. Ada cara lain untuk memajukan bola sepak tempatan tetapi bukan dengan cara ini.

S: Apakah cadangan anda?

J: Pasukan kebangsaan sepatutnya kekal di Liga Malaysia. Saya mengesyorkan mereka pergi jelajah bermain di Eropah untuk tiga atau empat kali setahun. Walaubagaimanapun mereka mesti bermain dengan pasukan dan kelab utama untuk belajar. Tidak mengapa jika pasukan kalah 5-0 atau 10-0. Mereka jangan putus harapan jika tewas dengan jaringan besar pada permulaan.

Ini adalah proses jangka panjang tetapi ia semestinya akan membantu membangun memajukan pasukan. Walaubagaimanapun, pasukan Eropah mungkin tidak dapat menempatkan pasukan kebangsaan kerana jadual peringkat antarabangsa dan kelab yang sibuk.

S: Pandangan anda mengenai kejayaan pingat emas pasukan Kebangsaan Bawah-23 dalam Sukan Sea Laos baru-baru ini?

J: Saya tidak terperanjat dengan pencapaian mereka kerana sentiasa ada kejutan dalam bola sepak. Saya mesti mengucap tahniah kepada pemain dan jurulatih K. Rajagobal untuk usaha mereka. Tetapi bagaimana mereka akan meningkat permainan bola sepak mereka dari sini? Perancangan sempurna mesti diadakan untuk memastikan pasukan terus maju.

S: Adakah sebarang pemain tempatan mempunyai kemampuan untuk berjaya di Eropah?

J: Saya tidak pasti kemampuan pemain pasukan sekarang. Tetapi Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), dari membuat perancangan besar, sepatutnya menanya pemain samada mereka mahu menunjukkan bakat mereka di Eropah.

Badan kebangsaan dan mereka yang berkenaan tidak sepatutnya membuat keputusan untuk pemain.

Pada masa lepas, Akmal Rizal dan Rudie Ramli mempunyai latihan singkat dengan Bayern Munich pada masa yang berbeza. Mereka menginap dan tidur di rumah saya di Munich tetapi saya melihat mereka menjadi bosan hanya selepas tiga minggu. Kedua-duanya mahu pulang ke rumah. Setiap pemain harus mempunyai keazaman atau mereka akan gagal.

Walaubagaimanapun, jika pemain itu mempunyai kemampuan, dengan itu mereka mesti mencuba nasib mereka di Eropah.

S: Adakah mudah seorang pemain bola sepak untuk berjaya di Eropah?

J: Ianya tidak mudah. Apabila saya pergi kesana pada lewat-1980an, saya berdepan dengan banyak cabaran termasuk halangan bahasa, cuaca, makanan, dan saingan dari kawan 'masa hadapan' anda. Semua faktor ini mungkin mempengaruhi mental pemain dan tahap keyakinan mereka akan terlibat.

Liga Eropah adalah sangat mencabar dan sesiapa yang menjalani ujian dengan sebarang kelab lazimnya akan mendapat layanan dingin dari pemain lain.

Anda tiada kawan di dalam kelab kerana rakan sepasukan memikirkan tentang kepentingan diri sendiri di dalam pasukan. Mereka merasakan anda ancaman kepada mereka.

Ia seperti itu ketika yang saya menghadiri ujian dengan Hertha Berlin, pasukan kelab Division Tiga Bundesliga ketika itu, tahun 1987.

S: Penilaian kesuruhan anda tentang prasarana di Malaysia?

J: Macamana mereka boleh bercakap tentang bola sepak, apabila tiada prasarana sempurna. Prasarana sekarang adalah ketinggalan 30 tahun di belakang. Bola sepak Malaysia tidak akan maju melainkan prasarana disini diperbaiki.

Apa yang kita ada dan apa yang saya lihat disini tidak cukup bagus. Mungkin ia sudah cukup bagus 20 atau 30 tahun lalu tetapi bukan pada masa sekarang.

Di Bayern Munich, sebagai contoh, terdapat tujuh padang dan lain-lain kemudahan juga adalah dalam kelas terbaik. Kami mempunyai 11 pasukan remaja dalam kumpulan -umur antara lapan dan 23, dengan lebih 100 pemain.

Kelab memperuntukan E2 juta (RM9.7 juta) setahun untuk pasukan remaja. Sistem ini hampir sama dengan kelab lain di Eropah.

Kita tidak mempunyai seperti itu di Malaysia. Sebaliknya, kerajaan dan majlis tempatan menutup padang bola sepak.

Saya biasa bermain pada masa remaja saya di Bandar Hilir, Melaka. Ia mempunyai tiga padang tetapi sekarang kompleks membeli-belah telah dibina diatasnya. Apa yang kita dapat dengan membina kompleks membeli-belah? Adakah ia membantu membangunkan budaya sukan di Malaysia? Kita memerlukan prasarana sempurna di Malaysia.

Wang pembayar cukai, yang mana mahu digunakan oleh kerajaan untuk menghantar pasukan kebangsaan ke Eropah, sepatutnya di peruntukkan untuk membina kemudahan untuk bola sepak. Jika anda mahu budak-budak bermain bola sepak sepatutnya anda mestilah melabur disitu.

S: Siapakah yang bertanggungjawab untuk membangunkan bola sepak remaja di Malaysia?

J: Negeri sepatutnya memainkan peranan yang lebih besar dalam membangunkan bola sepak remaja. Mereka sepatutnya membuat kerja dan menjalankan program itu tetapi prasarana mesti disediakan terlebih dahulu. Sekolah sukan seperti Bukit Jalil dan Bandar Penawar sepatutnya sebagai bahan tambahan dalam kes ini.

S: Apa yang anda fikir mengenai Liga Malaysia?

J: Ianya cukup mengarut dengan tiada pemain luar didalam liga. Ia tidak membantu dalam membangunkan pemain tempatan. Bagaimana pasukan Malaysia akan bersaing dengan kelab Asia yang besar dalam Liga Juara-Juara dan Piala AFC?

Pasukan Malaysia tidak boleh bergantung kepada pemain tempatan menentang kelab dengan pemain asing.

Ia kerugian besar dalam perolehan kerana mereka tidak setanding untuk melawan antara terbaik di Asia.

Mengapa FAM membuat keputusan mengharamkan pemain import dari liga? Adakah kerana terdapat pasukan tidak mampu memngambil pemain asing? Persatuan sepatutnya dibenarkan kepada mereka yang mampu mengaji mereka. Kita tidak boleh melihat semua pasukan di dalam liga sama.

Pasukan, yang tiada wang untuk pembangunan dan pemain asing, sepatutnya ditinggalkan. Ia sepatutnya diberi pilihan kepada kelab tersebut samada mahu mengaji pemain asing. Ini adalah bola sepak professional. Anda tidak boleh memberitahu Bayern Munich tidak boleh mempunyai pemain asing kerana mereka memerlukan khidmat mereka dalam liga domestik dan Liga Juara-Juara. Perolehan kelab bergantung kepada prestasi pasukan utama Bayern didalam Bundesliga dan Liga Juara-Juara dan jika mereka tidak berjaya, kelab tidak dapat membuat pendapatan.

S: Beberapa pasukan berasaskan kelab menarik diri dari Liga Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Apakah komen anda?

J: Saya percaya mereka menyertai kerana keuntungan peribadi. Pasukan, yang dipunyai oleh entiti swasta dan kerajaan hanya mahu mempromosi dan menjual produk mereka. Ia lebih kepada usaha publisiti. Akhirnya, siapa yang untung? Bukan bola sepak Malaysia, tetapi siapa yang menaja pasukan ini.

S: Adakah patut bola sepak tempatan bergantung kepada jurulatih asing?

J: Ya, kerana jurulatih asing mempunyai pengetahuan komprehensif (mendalam) tentang permainan. Saya tidak mengatakan iaitu jurulatih tempatan tidak bagus tetapi kita memerlukan bantuan asing untuk meningkatkan bola sepak kita ke tahap seterusnya. Jika hasrat kita untuk membentuk pemain yang bagus, kerana itu kita perlu mengaji jurulatih yang bagus. Sebagai contoh, Jepun sekarang gergasi Asia kerana mereka mengaji jurulatih asing yang bertaraf tinggi untuk memajukan permainan mereka pada awalnya.

S: Adakah anda sedia menimbang tawaran sebagai jurulatih di Malaysia?

J: Saya telah di kaitkan sebelum ini dengan FAM dan pasukan negeri tetapi ia hanya spekulasi. Saya akan menimbang bekerja di Malaysia tetapi beberapa perkara keutamaan saya mesti di penuhi.

Apa yang saya mahu adalah prasarana. Saya akan menimbang kerja disini apabila telah ada prasarana sempurna. Kerajaan sepatutnya memulakan dengan membangunkan prasarana sempurna untuk beberapa pasukan negeri sebelum membangukan yang selebihnya. Ia adalah proses yang perlahan tetapi negara akan beruntung dalam jangka panjang.

S: Adakah anda masih bersama pasukan remaja Bayern Munich?

J: Ya saya masih bersama. Saya ditugaskan ke pasukan Bawah-19 sebagai penolong jurulatih. Ia adalah musim ketiga sekarang. Saya telah bersama dengan kelab ini sejak tahun 2000 pada ketika itu saya adalah jurulatih pasukan Bawah-12 sebelum meningkat keatas.

Saya telah berkerja bersama dua pemain, ketika saya melatih pasukan Bawah-13 dan Bawah-14 sebelum ini, yang mana sekarang berada bersama pasukan senior Bayern Munich. Mereka adalah penyerang Thomas Muller dan bek tengah Bad Badstuber.

Kedua-duanya bukan dilahirkan seperti setengah rakan sepasukan mereka didalam pasukan remaja tetapi mereka menjadi berjaya kerana dedikasi kepada latihan dan perlawanan. Muller mungkin akan mewakili Jerman pada Piala Dunia.

S: Melatih pasukan dalam Bundesliga adalah impian kepada ramai orang. Adakah anda fikir anda boleh lakukannya?

J: Kenapa tidak? Ia adalh cita-cita saya untuk melatih satu pasukan di Jerman. Saya pasti akan mengambil cabaran itu jika diberi peluang.

S: Adakah anak anda mengikut jejak langkah anda sebagai pemain bola sepak?

J: Anak lelaki saya, sekarang berusia 16, berada dalam pasukan Bawah-12 Bayern Munich tetapi sekarang dia mewakili sekolahnya. Mengenai dua anak perempuan saya, yang sulong memasuki memanjat bukit manakala yang satu lagi terbabit dalam olahraga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails