Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, November 5, 2009

SURAT TERBUKA KEPADA SEMUA PENYOKONG DAN PEMINAT BOLASEPAK MALAYSIA

Surat ini ditujukan kepada semua penyokong dan peminat bolasepak Malaysia, tidak kira samada anda menyokong pasukan-pasukan tempatan atau meminati kelab-kelab bolasepak antarabangsa, yang berhasrat bersama-sama membantu memajukan sukan bolasepak di Malaysia sehingga layak digelar sebagai sebuah industri pada suatu hari kelak.

Setelah kebanyakan isu-isu yang serius dan permasalahan yang timbul tidak menampakkan penyelesaian, langkah-langkah yang positif, proaktif dan berani perlu diambil dalam usaha memperbaiki kelemahan-kelemahan ini, tambahan kepada inisiatif-inisiatif yang sedang berjalan kini.

Memandangkan terdapat perancangan bahawa liga bolasepak Malaysia akan diswastakan secara penuh bermula tahun 2011, terutama sekali sekiranya langkah-langkah pemulihan untuk melancarkan perjalanan Liga M 2010 tidak menampakkan hasil, kami menyatakan hasrat supaya konsortium akan ditubuhkan untuk mengambil alih dan menswastakan pengurusan salah satu pasukan yang akan bertanding di dalam liga bolasepak Malaysia bagi musim 2011 atau musim-musim yang berikutnya.

Konsortium ini terbuka kepada keanggotaan daripada penyokong dan peminat bolasepak di Malaysia. Adalah disasarkan bahawa sekiranya dapat dikumpulkan keahlian seramai 5,000* orang menjelang bulan Oktober 2010, konsortium ini akan ditubuhkan secara sahnya, mula mengumpulkan dana seperti yang dipersetujui ahli-ahli dan akan meneruskan proses pengambil-alihan dan penswastaan pengurusan pasukan yang dipilih kelak. Sebahagian aspek pengurusan seperti membuat keputusan dasar pasukan tersebut akan ditentukan oleh ahli-ahli konsortium secara undian yang saksama.

sumber harimaumalaya.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails