Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, November 5, 2009

Malaysia (1) Korea Utara (2)

Pasukan negara hampir mengikat gergasi bolasepak asia, Korea Utara pada perlawanan petang tadi.

Strategi menghalang hantaran tinggi pasukan Korea Utara hampir membuahkan hasil.
Malaysia hampir mendahului pada minit-25 namun tendangan percuma Mohd Irfan terkena tiang gol kiri Korea Utara ketika penjaga sudah tertewas.

Namun kehilangan fokus barisan pertahanan menyebabkan Korea Utara berjaya mencuri satu gol pada minit ke 42 hasil tendangan sudut.

Pada separuh masa kedua Korea Utara menambah satu lagi gol pada minit-66 hasil keadaan kelam kabut didepan gol Malaysia.

Korea Utara seperti kehausan gol dan ingin membenarkan dakwaan jurulatihnya yakin dapat mengalahkan Malaysia lebih dari 5 gol, mereka melakukan asakan dari sebelah kanan dan kiri, memaksa barisan pertahanan yang dikemudui oleh Mohd Fadhli bekerja keras.

Umpanan Mohd Irfan disambut baik oleh Saarvindran untuk merembat melepasi jangkauan penjaga gol Korea pada minit-81.

Permainan bertukar arah apabila pasukan negara mula melakukan serangan ke kubu Korea. Malaysia memasukkan Mohd Fakhururazi dan Khairul Izuan Rosli untuk menguatkan jentera serangan.

Malaysia hampir menyamakan kedudukan pada minit-90 namun tendangan percuma Wan Zack Haikal dapat ditampan oleh penjaga gol diikuti oleh tindakan susulan Mohd Irfan yang sempat dikeluarkan oleh pertahanan Korea Utara di atas garisan gol.

Ketua jurulatih negara, Ong Kim Swee tetap berpuas hati dengan para pemain yang telah menunjukkan tahap melawan yang tinggi.

Menurut beliau pasukan Korea Utara sememangnya sebuah pasukan yang lengkap, mereka memiliki kepantasan, kemahiran dan fizikal yang begitu baik.

Pemain-pemain diarahkan untuk lebih bersedia kerana terdapat 3 lagi baki perlawanan selepas ini, iaitu menentang Guam pada 6 Nov., China pada 8 Nov. dan Filipina 11 Nov.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails