Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Thursday, November 5, 2009

PREVIEW FINAL PIALA MALAYSIA KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN




PREVIEW FINAL KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN




NEGERI SEMBILAN


Negeri Sembilan menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya mencatat kemenangan 100% dalam saingan Piala Malaysia apabila berjaya memenangi kesemua 10 perlawanan mereka setakat ini sekaligus mara ke perlawanan akhir untuk musim 2009. Reputasi ini sememangnya sesuatu yang sedikit menggusarkan kem Kelantan memandangkan mereka hadir ke perlawanan akhir dengan rekod 24 gol dalam 10 perlawanan sambil hanya dua kali di bolosi sepanjang kempen Piala Malaysia. Jadi jelas, skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan ini adalah pasukan paling cemerlang dan pilihan untuk menjulang Piala Malaysia 7 November ini. Kekuatan utama pasukan ini adalah terletak kepada kombinasi Hairuddin Omar dan Zaquan Adha di bahagian serangan. Paling menyerlah, Zaquan yang sudah menjaringkan 9 gol sambil Hairuddin mencatat 3 gol. Namun, kemampuan pemain lain di posisi berlainan yang turut mampu menjaringkan antara penyebab kecemerlangan skuad Hoben Jang Hoben ini. Diimbangi oleh barisan tengah mereka yang diketuai oleh pemain berpengalaman seperti Shukor Adan, Rezal Zambery Yahya, Idris Karim, S. Kunalan nyata memberi kekuatan menyeluruh kepada mereka. Kelibat Aidil Zafuan selaku kapten pasukan, Syamsul Sabtu, Ching Hong Aik.Afandy Adimel, Mohd Rahman Zabul dan penjaga gol mereka Farizal Harun jelas nadi kekuatan utam pasukan ini. Hanya di bolosi dua kali iaitu kepad Johor di peringkat kumpulan dan Terengganu di peringkat separuh akhir, jelas satu tugas sukar menanti barisan depan pasukan Kelantan nanti. Kebijaksanaan pengedali Negeri Sembilan iaitu Wan Jamak Wan Hassan pula diakui punya utama kebangkitan semula pasukan ini. Gemar dengan formasi 3-5-2, apa yang pasti, kepakaran taktikan Wan Jamak pastinya sekali lagi di tagih Sabtu ini dalam usaha mengakhiri penantian 62 tahun untuk kembali menjulang Piala Malaysia. Namun di sebalik kekuatan mereka, mereka turut mempunyai kelemahan mereka. Kebanyakkan pemain Negeri Sembilan adalah pemain yang sudah berumur. Biarpun mereka mungkin kaya dengan pengalaman namun keupayaan mereka untuk kekal cergas dalam tempoh genting 90 minit boleh diragui. Disinilah pemain Kelantan mampu untuk mengambil kesempatan ini memandangkan skuad Kelantan mampu untuk melancarkan gerakan "counter attack" pantas melalui kepantasan Indra Putra, Norfarhan dan kelincahan Cik Hishamuddin Hassan seperti yang dilakukan sewaktu separuh akhir kedua di Paroi dalam saingan Piala FA.

Barisan Kemungkinan:-
Farizal Harun (Penjaga Gol),Aidil Zafuan,Syamsul Sabtu,Ching Hong Aik,Shukor Adan,Rezal Zambery Yahya,Idris Karim,Shahurain Abu Samah,S. Kunalan,Hairuddin Omar,Zaquan Adha

KELANTAN

Penantian panjang hampir 39 tahun untuk kembali ke pentas Final saingan paling berprestij di Malaysia akhirnya berjaya dileraikan oleh skuad Red Warriors setelah berjaya menumpaskan Perlis 5-1 secara aggregate sekaligus membawa Kelantan sekali lagi ke pentas final selepas tewas kepada Selangor dalam saingan Piala FA April lalu. Kini, Kelantan pastinya ingin menjadikan peluang kedua ini untuk menebus kekecewaan tersebut sekaligus mendakap Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah bolasepak Kelantan.Individu yang paling gembira pastinya Tan Sri Anuar Musa sekiranya Kelantan berjaya merangkul Piala Malaysia 7 November ini kerana beliaulah menjadi punca kebangkitan skuad Kelantan pada musim 2009 ini. Sebelum ini, kehadiran Kelantan hanya dipandang sepi oleh peminat Liga M, namun kini semuannya sudah berubah. Daripada sebuah pasukan kerdil, Kelantan kini sebaris dengan pasukan elit dalam Liga Malaysia dan sememangnya tahun 2009 baru hanya satu permulaan kepada pasukan ini. Setelah berbelanja besar mengikat barisan bintang seperti Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Mohammed, Khalid Jamlus, Azlan Zainal di awal musim, hasilnya mula dapat dilihat apabila Kelantan menjadi pencabar utama dalam saingan Liga Super, Piala FA dan kini hanya selangkah sahaja lagi sebelum satu lagi lakaran sejarah baru terpahat untuk pasukan ini. Seperti Negeri Sembilan, Kelantan turut mempunyai peledak rakus dalam saingan Piala Malaysia. Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Mohammed berkongsi 17 gol sesama mereka setakat ini. Paling cemerlang adalah Indra Putra yang sudah melakar 10 gol dan pastinya dalam keadaan terbaik selepas terlepas aksi separuh akhir kedua di Kangar, kelibat Indra Putra bersama Norfarhan sekali lagi bakal di tagih di Bukit Jalil Sabtu ini. Kelantan setakat ini dalam 10 perlawanan telah berjaya menjaringkan 20 gol sambil dibolosi 6 kali. Kehadiran Nazrul Erwan Makmor selaku pemain pinjaman daripada Felda United sebenarnya antara punca mengapa Kelantan berjaya ke final. Nazrul adalah jawapan kepada kelonggaran benteng pertahanan Kelantan sewaktu saingan Liga Super dan Piala FA. Ketenangan beliau mengemudi benteng Kelantan jelas memberi kekuatan kepada Rizal Fahmi Rosid, Farisham Ismail dan Zamri Ramli di benteng pertahanan sambil kelibat Halim Napi di gawang jelas memberi kekuatan tambahan kepada pasukan ini. Kehilangan kapten pasukan Badhri Radzi sepanjang kempen Piala Malaysia ini sememangnya memberi kesan kepada struktur formasi dan persembahan Kelantan. Kehilangan Badhri Radzi di tambah tindakan Ketua Jurulatih Peter Butler meninggalkan pasukan sebelum tirai Piala Malaysia disingkap menambahkan lagi kecelaruan dalam pasukan Kelantan. Namun kehadiran B.Sathianathan, bekas pengendali skuad kebangsaan seakan tonik baru kepada pasukan ini. Biarpun masa bersama Kelantan cukup singkat, kepakaran B.Sathianathan jelas dibuktikan apabila membawa Kelantan ke pentas final Piala Malaysia. Terpaksa mencari alternatif lain selepas ketiadaan "playmaker" Badhri Radzi, B. Sathianathan menggunakan Daudsu Jamaluddin dan Azlan Zainal selaku dua pemain defensive midfieder untuk memberi lebih peluang kepada Indra Putra, Norfarhan dan Cik Hishamuddin lebih ruang untuk bergerak. Ternyata usaha ini berhasil biarpun jentera tengah Kelantan masih lagi merasai ketiadaan Badhri Radzi. Gemar dengan formasi 4-2-3-1, Sathia jelas bergantung kepada serangan balas pantas.

Barisan Kemungkinan:-

Halim Napi (Penjaga Gol),Farisham Ismail,Zamri Ramli,Nazrul Erwan Makmor,Rizal Fahmi Rosid,
Khairan Eroza Razali,Daudsu Jamaluddin,Norfarhan Mohammed,Cik Hishamuddin Hassan,Indra Putra Mahayuddin,Nizad Ayub

Berdasarkan rekod pertemuan kedua pasukan untuk musim 2009, Negeri Sembilan 3 kali menewaskan Kelantan . Dua kali dalam saingan liga, sekali dalam saingan Piala Malaysia sambil Kelantan hanya mampu menewaskan Negeri Sembilan sekali di Paroi dalam saingan Piala FA yang memberi Kelantan tiket final Piala FA. Namun itu cerita dulu kerana pentas final adalah saingan yang cukup berbeza dan pemain Kelantan yang sudahpun merasai pentas final musim ini pastinya menjadikan Final ini detik terbaik untuk menebus kedukaan tewas penalti kepada Selangor dalam Piala FA apatah lagi dijangka hampir 50 ribu penyokong Kelantan bakal membanjiri Std. Nasional Bukit Jalil sekaligus menjadi tunjang kepada pemain Kelantan untuk memastikan wisel penamat Sabtu ini hadiah terbaik untuk menghargai pergorbanan penyokong Kelantan yang tidak pernah mengenal erti putus asa menyokong pasukan kesayangan mereka.

Datanglah Beramai-ramai Ke Stadium Bukit Jalil Bagi Menyokong Pasukan Masing-masing.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails