Football Association Malaysia

BE THE 12TH MAN

BE THE 12TH MAN

Sunday, August 1, 2010

Keputusan Liga Super 31 Julai


Selangor 2

(Amirulhadi Zainal m-66, Safiq Rahim penalti m-75)

Terengganu 0


T-Team 5

Johor 0


Negeri Sembilan 5

Pahang 0


Johor FC 1

Kelantan 3


Pulau Pinang 0

Perlis 0


Perak 1

Kedah 0


Kuala Lumpur 0

KL Plus 1


SELANGOR dinobat selaku juara Liga Super 2010 dengan kemenangan bergaya 2-0 ke atas Terengganu di Shah Alam malam tadi.

Mengumpul 63 mata menerusi 25 perlawanan, anak buah K. Devan menepati ramalan mengesahkan gelaran di depan penyokong sendiri hasil jaringan Amirulhadi Zainal dan penalti Safiq Rahim.

Selangor terpaksa menanti sehingga minit ke-66 apabila Safiq membuat umpanan lintang yang tinggi untuk ditanduk masuk oleh Amirulhadi melepasi jangkauan Sharbinee Allawee Ramli.

Hampir 10 minit kemudian, Selangor menambah jaringan dengan Safiq menyempurnakan penalti selepas kapten Amri Yahyah dijatuhkan dalam petak penalti.

Kemenangan 3-1 Kelantan ke atas Johor FC tidak memadai untuk the Red Warriors memintas Selangor disebabkan mereka ketinggalan lima mata dengan baki satu perlawanan.

Kelantan menjaringkan gol menerusi Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-5 dan 85. Jaringan kedua Kelantan disempurnakan oleh Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada minit ke-23.

Juara Piala FA Negeri Sembilan membelasah Pahang 5-0 hasil jaringan Idris Karim pada minit ke-6 dan 43, Shukor Adan minit ke-78, Rezal Zambery Yahya pada minit ke-87 dan Zaquan Adha Abdul Razak pada minit terakhir.

Johor dan Pulau Pinang sudahpun tersingkir daripada Liga Super dan bakal bersaing dalam Liga Perdana musim depan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails